arrowHome arrow Fenomena arrow Komet arrow Komet Holmes dari Pantai Timur Tuesday, 07 October 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 23 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
October 07, 2008, 09:46:23 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Komet Holmes dari Pantai Timur PDF Print E-mail
Written by Shah   
Thursday, 22 November 2007

[Klik untuk imej bersaiz asal

[Diskus cerita ini di Forum

Dr.Rowi bersama-sama dengan pasukan dari UIA, yang terdiri daripada Farhana, Nasir, Naeem, Nadiah, Juan, Tim dan Zaini, telah berjaya merakam imej komet Holmes yang cukup indah dan menakjubkan. Imej ini dirakam dengan pada 19 Nov lepas dari balaicerap persendirian Dr.Rowi di Kota Bharu, Kelantan.

Cukup jelas di dalam imej ini, struktur komet ini sudah begitu besar. Malah, jika anda membaca laporan di Spaceweather.com hari ini, saiz komet ini adalah sebesar bulan purnama ketika ini. Namun, kecerahan keseluruhan komet ini semakin kelam dan agak sukar untuk dicam dengan mata kasar.

Kembali kepada foto tadi, di bahagian tengah merupakan bintang Mirfak, bintang tercerah di dalam buruj Perseus. Dan kebetulan dalam masa beberapa hari ini, komet Holmes sedang melintasi begitu hampir, malah komanya turut menutupi cahaya dari bintang Mirfak.

Tanhiah kepada Dr.Rowi dan pasukan dari UIA, di atas hasil kerja yang cukup menarik! Go Falak Malaysia!

Nota: Klik di sini untuk imej nebula Orion, M42 yang turut dirakam oleh mereka .

Sementara itu, satu email dari yahoogroup Comet-Images menarik minat saya. Dave Kodama telah merakam imej wide-field komet Holmes dan persekitaran, dan telah menggabungkan 3 keadaan komet pada 3 tarikh yang berlainan pada satu imej. Hasil ini dengan jelas menunjukkan perubahan struktur yang menakjubkan yang sedang dialami oleh komet ini.

Lihat di http://www.eanet.com/kodama/astro/2007/17p-holmes/novholmes.htm

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Thursday, 22 November 2007 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.