|
Jom cerap Meteor GEMINIDS di Ulu Yam 14 Disember 2007 ini |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Sunday, 09 December 2007 |
Aktiviti mencerap juraian meteor GEMINIDS akan dilakukan di kawasan letak kereta P2, di Ulu Yam pada 14 Dis 2007, bersamaan Jumaat malam Sabtu. Sebagaimana yang telah diperbincangkan menerusi Forum FalakOnline , semua ahli yang berminat dipersilakan untuk sama-sama menyertai aktiviti ini.
Semua diminta berkumpul di P2 sekitar jam 9 malam. Sila bawa peralatan masing-masing, seperti baju tebal, air panas dan apa-apa yang boleh memanaskan diri, kerana saya rasa cuaca malam akan jadi agak sejuk dan lembap.
Buruj Gemini, punca utama atau radiant meteor Geminids ini, akan mula terbit sekitar jam 10 malam. Dan apabila ia semakin tinggi, dijangkakan jumlah meteor yang dapat dilihat akan bertambah.
Tiada halangan untuk sesiapa yang mahu tunggu sehingga terbit matahari, jika cuaca mengizinkan. Namun, diharapkan sesiapa datang akan dapat hadir secara berkumpulan dan balik secara berkumpulan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Jika anda mahu membawa lampu picit, sila pastikan anda salutkan lampu picit tersebut dengan plastik berwarna merah. Ini merupakan perkara asas dalam aktiviti cerapan, kerana kita harus kekal berada dalam gelap dan jauh dari silauan cahaya yang terang bagi mengekalkan sensitivi mata kita untuk melihat objek-objek yang kelam di langit.
Namun begitu, sukses aktiviti ini juga bergantung kepada keadaan cuaca. Jika langit mendung ataupun hujan, kita tidak akan dapat lihat apa-apa. Sama-samalah kita berdoa agar cuaca cerah dan cantik pada malam tersebut.
Maklumat dan pertanyaan lanjut, sila ajukan menerusi Forum FalakOnline .
Jom Teropong!
|