|
Komet Tuttle di langit Utara |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Monday, 24 December 2007 |
|

[Bincang di Forum] Disebalik kesibukan kita menjejaki komet Holmes dan memerhatikan juraian meteor Geminids, serta terpukau silauan planet Marikh, terdapat sebuah lagi komet yang berada agak tinggi di langit kita, dan sedang menuju ke kemuncak kecerahannya pada awal Januari depan.
Komet 8P/Tuttle, sebuah komet yang mengelilingi matahari dalam jangkamasa 13.6 tahun, kini sedang kembali menghampiri matahari dan sedang meningkat kecerahannya.(Imej sebelah oleh Mike Holloway yang di hantar di Spaceweather.com) Lagi Foto-foto komet di sana. Komet ini dijangka akan berada pada jarak paling hampir dengan bumi pada 1 dan 2 Januari ini, dan bersinar pada kecerahan magnitud 5 atau 6. Pada kedudukan magnitud ini, komet ini boleh dikatakan mudah untuk dijejaki dengan binokulars dan boleh dirakam dengan mudah menggunakan kamera digital.
Di manakah kedudukan komet ini?
Komet Tuttle sedang berada di langit sebelah Utara, di persekitaran buruj Cassiopeia. Muat turun carta panduan di sini. Carta menunjukkan arah Utara pada jam 9 malam. (Nota: Carta dihasilkan oleh perisian Skymap Pro 8)
Buruj Cassiopeia adalah antara buruj yang agak senang dikenalpasti kerana sususan bintang-bintangnya membentuk huruf M. Ketika ini, komet tersebut berada di atas corak M dan sedang bergerak perlahan-lahan menuju ke arah selatan. Ini bermakna kedudukan altitudnya semakin tinggi setiap hari dan menuju ke persekitaran buruj Andromeda.
Menjelang 1 Januari nanti, ia mula memasuki kawasan buruj Aries dan semakin tegak di atas kepala.
Apakah cara terbaik untuk jejaki Komet Holmes? Guna Binokulars dan gunalah carta bintang yang agak terperinci untuk kenalpasti kedudukan tepat disebalik bintang-bintang di kawasan tersebut.
Bulan purnama pun sudah semakin mengecil dan semakin lewat terbit di langit timur. Ini memberi peluang kepada kita untuk menjejaki komet ini tanpa diganggu cahaya dari Bulan.
Apa lagi.. jom teropong!
|
|
Last Updated ( Tuesday, 25 December 2007 )
|