arrowHome arrow Fenomena arrow Kalendar Samawi arrow Fenomena Samawi sepanjang 2008 Monday, 08 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 16 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 08, 2008, 05:36:22 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Fenomena Samawi sepanjang 2008 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 01 January 2008

 Tahun 2008 bakal menjelma dengan pelbagai jenis fenomena samawi yang menarik untuk sama-sama kita cerap, jejak dan hayati keindahannya. Antaranya gerhana buan separa, Marikh melintasi gugusan bintang Beehive dan himpunan planetari indah Kejora-Musytari

Di bawah merupakan senarai ringkas yang akan berlaku sepanjang tahun 2008

 

Januari

Marikh merupakan planet yang paling dominan sepanjang bulan ini. Bersinar pada kecerahan magnitud -1.5 di dalam buruj Taurus dan Gemini, ia masih lagi cukup besar untuk dicerap sejak istiqbalnya pada bulan Disember 2007 lepas.

Februari

2 buah gerhana akan berlaku pada bulan ini. Tetapi kedua-duanya tidak kelihatan dari Malaysia. Sebagai rekod, pada 7 Feb, gerhana annular matahari dan pada 20 Feb, gerhana bulan akan berlaku bagi penduduk di Eropah dan Amerika Utara.

Pada 1 dan 2 Feb, pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikan himpunan planetari antara Kejora dan Musytari di langit Subuh sebelah Timur. Pada 4 dan 5 Feb, bulan sabit tua pula akan sama-sama menyertai kedua-dua planet ini.

14 Feb, bulan berada kurang 2 darjah dari M45.

24 Feb, Zuhal di posisi Istiqbal.

26 dan 27 Feb, Kejora dan Utarid pula akan berhimpun rendah di kaki langit timur.

Mac

3 Mac, Bulan sertai Musytari

6 Mac, Bulan sertai pasangan Kejora dan Utari pula.

April

15 April, Bulan akan berada kurang 1 darjah dari bintang Regulus, Zuhal tidak jauh (2 darjah) dari Bulan.

Mei

23 Mei, Marikh yang ketika ini semakin mengecil akan melintasi betul-betul di hadapan gugusan bintang Beehive, M44

Julai

1 Jul, Marikh lintas hampir dengan Regulus di langit petang sebelah barat.

5 Jul, Zuhal, Marikh dabn Regulus membentuk garisan lurus sepanjang 5 darjah

6 Jul, Bulan akan sertai Zuhal, Marikh dan Regulus.

9 Jul,Musytari pula berada di posisi istiqbal.

10 Jul, Zuhal dan Marikh berada kurang 1 darjah antara satu sama lain.

Ogos

2 Ogos, Bulan berada hampir dengan Kejora
3 Ogos, Bulan berada hampir dengan Zuhal
4 Ogos, Bulan berada hampir dengan Marikh

12 Ogos, juraian meteor Perseids akan muncul. Sebanyak 60 meteor sejam dijangka akan kelihatan.

15 Ogos, Neptune di posisi istiqbal.

17 Ogos, gerhana separa Bulan akan berlaku, Puncak pada jam 5.05 pagi.

September

13 Sep, Uranus di posisi Istiqbal.

Oktober

17 Okt, Bulan berada kurang 2 darjah dari M45.

November

1 Nov, Bulan sabit muda dan Kejora berada sebelah menyebelah di langit petang selepas Maghrib.

Disember

1 Dis, Himpunan Planetari antara Bulan, Kejora dan Musytari di langit petang. Kesemua objek dalam lingkungan 3 darjah antara satu sama lain.

29 Dis, Bulan lintas 1/2 darjah dari Musytari, rendah di kaki langit. Utarid berada berhampiran.

31 Dis, Utarid melintasi hampir dengan Musytari.

******************

Jika anda mempunyai maklumat fenomena lain yang menarik dan patut dimasukkan ke senarai ini, email kepada saya. 

Apa lagi, lengkapkan diri anda dengan pelbagai ilmu pencerapan dan astrofografi, dan jadikan tahun 2008 sebagai tahun astrofotografi anda!

 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Tuesday, 01 January 2008 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.