arrowHome arrow Fenomena arrow Himpunan Planetari arrow Pertembungan Kejora dan Musytari menjelang 2 Feb 2008 Sunday, 12 October 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 4 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
October 12, 2008, 10:34:58 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?
Advertisement

Pertembungan Kejora dan Musytari menjelang 2 Feb 2008 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Thursday, 24 January 2008

 Siap sediakan kamera anda! Dalam masa beberapa hari mendatang, kita akan disajikan dengan himpunan planetari 2 buah planet paling dominan di alam semesta.

[Foto di sebelah diambil pada pagi tadi- 24 Jan 2008. Klik untuk besarkan]

Planet Kejora akan bertemu dengan planet Musytari, di dalam satu penemuan paling glamor dan indah pada 2 Feb nanti. Ketika itu, kedua-dua planet ini akan dipisahkan kurang dari satu darjah antara satu sama lain. Jika anda mempunyai teleskop berkuasa rendah, kedua-dua planet ini boleh mengisi ruang medan penglihatan yang sama!


Sementara menunggu tarikh tersebut, aksi-aksi pertemuan Kejora dan Musytari sudah mula dapat disaksikan pada awal pagi. Cuba anda pandang ke arah sekitar ufuk timur, iaitu kawasan di mana matahari terbit. Mata anda pasti akan tertarik dengan kehadiran sebuah objek yang bersinar dengan begitu terang. Itu adalah planet Kejora. Kemudian, gerakkan pandangan mata anda ke arah bawah menuju ke ufuk langit. Akan kelihatan sebuah lagi objek yang agak terang sedang bersinar. Itulah planet Musytari!

Pada awal pagi esok (25 Jan), kedua-dua planet ini masih jauh dan berpisah pada jarak 7 darjah. Tetapi dalam masa seminggu sahaja, ia akan bergerak menghampiri satu sama lain. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah planet Kejora sedang perlahan-lahan bergerak ke arah timur (iaitu ufuk langit timur), manakala Musytari sedang meninggi naik ke barat. Pergerakkan yang berlawanan ini mengakibatkan perubahan posisi yang drastik yang dapat disaksikan oleh kita setiap pagi!

Fenomena yang hampir sama berlaku pada bulan Ogos tahun 2005 yang lalu. Lihat foto yang di sini.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk merakamkan pergerakan Kejora dan Musytari menggunakan apa jua jenis alat rakaman yang ada, samada kamera digital, DSLR, videocam dan lain-lain. Serta kongsikan pengalaman anda di Falak Online!

Jom Teropong
Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Thursday, 24 January 2008 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas
Advertisement

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.