|

TERKINI 1 Feb: Pertukaran venue. Aktiviti akan diadakan di Kelab Darul Ehsan ************************************** Alhamdulillah, setelah beberapa siri perbincangan, Falak Online akan bekerjasama dengan The Signs Lab , sebuah syarikat yang mengendalikan aktiviti-aktiviti subjek Sains secara praktikal (hands-on) kepada anak-anak muda, menubuhkan sebuah kelab astronomi yang dinamakan The Signs Lab Astronomy Club .
Kelab ini akan mengadakan akiviti-aktivitinya 2 kali sebulan, dan dijadualkan bermula pada bulan Februari ini, selama 6 bulan. Ini bermakna, 12 kali aktiviti cerapan, syarahan, projek, dan pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan khas buat anak-anak kita yang berumur antara 10-18 tahun. Fokus utama adalah untuk memperkenalkan dunia astronomi kepada mereka dan sekaligus menunjukkan bukti jelas kekuasaan Allah SWT di dalam mentadbir alam semesta ini.
Maklumat lanjut berkenaan Signs Lab boleh didapati di sini. Dan kalau ahli Falak Online ingat ketika aktiviti cerapan Meteor Geminids di Ulu Yam bulan lepas, sebahagian besar daripada peserta yang hadir itu adalah dari keluarga dan ahli Signs Lab sendiri!!
InsyaAllah, saya akan cuba mengendalikan sebaik mungkin bersama-sama dengan Signs Lab, dan amat berterima kasih buat pihak pengurusan, Dr. Ariza dan Hj Halim, kerana sudi memberi peluang kepada kita semua, ahli-ahli Falak Online, untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang akan diadakan serta menjadikan pusat pendidikan Signs Lab di Ampang ini sebagai antara 'port' perjumpaan ahli-ahli Falak Online! :-)
Oleh itu, pada Jumaat hadapan, (1 Feb 2008), sebuah sesi pengenalan Astronomi kepada ahli-ahli atau bakal ahli The Signs Lab Astronomy Club akan diadakan. Sila muat turun maklumat lanjut di sini .
Saya dengan rendah hati, ingin menjemput ahli-ahli Falak Online yang berkelapangan pada malam tersebut, untuk sama-sama memeriahkan aktiviti ini, bersama-sama dengan anak-anak dan ibu bapa mereka, di dalam aktiviti syarahan ringkas dan sesi cerapan di perkarangan Hospital Ampang Putri.
Jom kita jadikan 1 Feb ini, sebagai gathering ke-2 ahli-ahli Falak Online di sekitar Lembah Kelang. Lepas tu bolehlah ber-TT !!
Bagi yang berminat untuk hadir, diharapkan dapat beritahu awal, supaya pihak Signs Lab dapat bajet jumlah kehadiran dan buat persiapan yang sesuai.
Jom Teropong!!
|