|
Jangan lupa Seminar Pendedahan Dunia Astronomi UIA esok dan lusa! |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Friday, 22 February 2008 |
|
Jangan lupa hadiri Seminar Pendedahan Dunia Astronomi yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh Astronomy Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak!! Tanhiah kepada ahli Falak Online kita, Farhana dan geng-geng UIA beserta dengan Bro Muzammir, yang bertungkus lumus merancang aktiviti yang akan dijalankan. Semoga semua akan berjalan dengan lancar esok dan lusa. Pembentang kertas kerja akan membentangkan kertas kerja yang cukup informatif dan teknikal. Sebuah Cerapan umum akan dijalankan pada malam esok, bertempat di Stadium UIA, dan saya telah diamanahkan untuk mengendalikan ceramah ringkas pada malam tersebut. Menerusi forum, saya dapati ramai juga ahli Falak Online akan turut hadir. Semoga lebih ramai yang akan turut serta dan sama-sama meriahkan aktiviti ini. Jom Berseminar!!
|