arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Penemuan terkini arrow Omega Centauri sebuah Galaksi? Friday, 08 August 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 18 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
August 08, 2008, 05:00:16 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Omega Centauri sebuah Galaksi? PDF Print E-mail
Written by Shah   
Thursday, 03 April 2008
 Salah kategori! Begitulah besar kemungkinan apa yang telah berlaku dengan sebuah objek samawi yang bergelar Omega Centauri. Objek ini merupakan sebuah gugusan bintang globular yang terbesar dan tercerah dilangit.

Terletak di dalam bentuk Centaurus, nun di kawasan langit sebelah selatan, Omega Centauri bersinar pada kecerahan magnitud 4. Cukup cerah sehinggakan ahli astronomi yang membuat carta bintang di langit kawasan selatan telah menganggapnya sebagai sebuah bintang, dan memberi notasi Omega kepadanya.

(selanjutnya) Namun, setelah terciptanya teleskop, didapati Omega Centauri ini rupa-rupanya bukanlah sebuah bintang, malah ia merupakan sebuah gugusan bintang yang dikategorikan sebagai sebuah globular cluster (gugusan globul) yang terdiri daripada jutaan bintang!

Saya pernah melihatnya objek ini menerusi teleskop 10 inci Dobsonian, dari kawasan yang jauh dari gangguan cahaya. Ia memang cukup menakjubkan, dan kelihatan seolah-olah 3 dimensi dan berbentuk sfera!

Berbalik kepada cerita asal, baru-baru ini, para saintis menggunakan data dari kamera Advances Camera for Surveys di atas Teleskop Hubble dan alat GMOS spektograf di balaicerap Gemini South Telescope di Chile, telah mendapati tanda-tanda kukuh akan kewujudan beberapa buah Lohong Hitam atau Black Hole di tengah-tengah gugusan ini. Jika ia benar, ini bermakna besar kemungkinan Omega Centauri bukannya sebuah gugusan yang biasa, tetapi merupakan sebuah Galaksi Kerdil, yang telah mana bintang-bintang di bahagian luarnya telah dirompak dan ditarik masuk ke galaksi lain. Lalu yang kelihatan sekarang ialah bahagian tengah-tengah 'galaksi' ini.

Ia terletak hampir 17000 tahun cahaya dari bumi, dan ia pernah dapat dilihat dengan mata kasar menjangkau saiz hampir sebesar bulan purnama!

Para saintis sendiri, sebelum ini masih berdebat akan kategori sebenar Omega Centauri. Ini adalah kerana ciri-cirinya lebih menyerupai sebuah galaksi kerdil berbanding sebuah gugusan bintang. Sebagai contoh, ia hampir 10 kali lebih berat berbanding gugusan bintang globul yang lain. Ia berputar lebih pantas, dan kelihatan seolah-olah penyek diameter paksi putarannya, berbanding gugusan lain.

Baca kenyataan akhbar NASA di sini.

Saya mendapati perkembangan ini sungguh menarik dan teruja, kerana jika benar ia sebuah galaksi, maka secara tidak langsung bertambahlah jumlah galaksi yang boleh dilihat dengan mata kasar selepas ini!

Di samping itu, ia jelas menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun objek-objek di langit seolah-olah sudah banyak diketahui ciri-cirinya, masih banyak lagi rahsia disimpan dan menunggu masa untuk diselongkar oleh ahli-ahli astronomi di seluruh dunia melalui teknologi pencerapan yang canggih, keadah yang terkini dan penggarapan data yang kreatif.
Comments
Add NewSearchRSS
MUZZAMIR   | 60.51.52.xxx | 2008-04-04 12:15:52
hu.. menariknye bintang ni.. boleh la buat kajian adakah omega ini galaksi atau cluster.. :unsure:
rizrahim   | 218.208.237.xxx | 2008-04-05 21:37:09
assalamu'alaikum...
menarik artikel ni. saya ada soalan. bintang2 dlm globular cluster mencecah ribuan jutaan tahun. mungkinkah ada di antara bintang2 tersebut mati dan menjadi blackhole? sekiranya mungkin, apakah kebarangkalian blackhole wujud di dalam omega centauri? saya ada terbaca artikel (maaf, terlupa source) yg blackhole bukan sahaja mampu wujud di kalangan bintang2 di dlm sesebuah globular cluster, malah berupaya menjadi bertambah besar.
shahgazer   | Super Administrator | 2008-04-07 16:29:07
rizrahim,

Sememangnya kewujudan blackhole di tengah-tengah Omega Centauri dikatakan antara sebab kepelikan ciri-ciri objek ini. Maaf saya tertinggal link sumber berita yang saya ambil untuk artikel ini. Saya dah updatekan atau boleh klik link INI

Berkenaan blackhole gergasi yang terhasil daripada beberapa buah blackhole yang kecik-kecik, teori ini juga sedang cuba dibuktikan. Ada artikel di dalam majalah sky and telescope keluaran te...
rizrahim   | 218.208.242.xxx | 2008-04-08 06:52:49
thanks shah, for the link. saya memang interested dgn blackhole, tapi malangnya byk artikel yg saya baca terlalu "ke-fizik-an", memandangkan saya bukan dari background science/physics. saya pernah cuba baca Stephen Hawking's a brief history of time, tapi gagal nak serap 100%. the best book saya pernah baca so far (untuk non-science-background readers macam saya) ialah Bang! The Complete History of the Universe, ditulis oleh Brian May (yup, guitarist Queen), Sir Patrick Moore & Chris Lint...
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Monday, 07 April 2008 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.