|
Langit Minggu Ini (7-12 April 2008) |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Tuesday, 08 April 2008 |
|
Minggu ini mengembalikan kepada kita kehadiran Bulan di langit sebelah petang. Bermula pada petang 8hb, bulan sabit muda akan berada rendah di kaki langit barat. Posisinya amat menarik kerana di samping kita dapat melihat sabit yang nipis, kita juga berpeluang untuk melihat fenomena earthshine sekali lagi.
Agak malang bagi kita di Malaysia kerana pada beberap jam setelah bulan terbenam di kaki langit di sini, peminat astronomi di bahagian Eropah dan US berpeluang melihat Bulan menghijab sebahagian daripada gugusan bintang Pleiades (M45). Pada petang 10hb pula, Bulan semakin meninggi, dan berada di tengah-tengah 2 bintang cerah, iaitu Aldebaraan di sebelah kirinya, dan bintang Capella di kanannya. Dan bagi mereka yang masih tercari-cari di manakah planet Marikh, jangan lepaskan peluang pada petang 12 April nanti, di mana Bulan akan berada 3 darjah di sebelah atas planet Marikh. Marikh akan kelihatan seperti sebutir bintang kemerah-merahan dengan kecerahan yang agak sederhana ketika ini. Jom Teropong!
|