Matahari terbenam dari Tanjung Bidara pada 30 Apr 2008
Written by Shah
Thursday, 01 May 2008
Petang semalam, ketika berada di persekitaran Tanjung Bidara, Melaka, cuaca cukup baik ketika waktu matahari terbenam. Memandangkan kemungkinan untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat cukup tinggi, saya telah mengambil beberapa siri foto menggunakan Canon 300D. Alhamdulillah, dapat juga melihat keseluruhan matahari terbenam dengan pantas di ufuk langit, tempat bertemunya langit dan laut!
Lensa yang digunakan ialah default yang datang bersama-sama dengan Canon 300D, itulah sebabnya tak dapat nak zoom dengan lebih dekat. Kena beli lensa tambahan lah nampaknya selepas ni!
Shah.. kena try TAMRON 300mm hehehehe.. mesti puas hati.. thanks coz advice me to buy that nicely lens.
shahgazer
|
Super Administrator
|
2008-05-11 19:17:32
hahaha, memang terliur nak beli jugak haritu, cuma belum cukup bajet. Mungkin kena beli jugak sebelum menjelang pertemuan Marikh-Beehive minggu depan..