|
Hari Falak / Astronomi Kompleks Falak Al-Khawarizmi 10-11 Mei 2008 |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Monday, 05 May 2008 |
|
Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Falak / Astronomi di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada
10 dan 11 Mei 2008
Beberapa acara menarik bakal dijalankan di sana. Menurut maklumat yang saya terima, pensyarah terkenal Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, dari Jabatan Matematik, UPM akan mengadakan ceramah utama pada pagi Sabtu. Pengalaman saya mengikuti syarahan beliau, memang cukup mengkagumkan dari segi pengisian, penyelidikan dan penjelasan.
Jangan lepaskan peluang ini.
Selain dari itu, Mejar Dr. Faiz Khaleed, turut menyampaikan ceramah pada hari yang sama.
Maklumat lanjut, sila ke laman web Kompleks Falak Al-Khawarizmi Jom ke sana!
|