|
Marikh menawan Gugusan Beehive (22-24 Mei 2008) |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Wednesday, 21 May 2008 |
Marikh kini sedang menuju ke kawasan kejiranan sebuah gugusan bintang yang dipanggil Beehive Cluster. Gugusan ini, dengan nombor katalog Messiernya,M44, merupakan sebuah gugusan bintang yang terletak di dalam buruj Cancer. Disebabkan saiznya yang agak besar di langit, iaitu menjangkau sekitar sebesar Bulan purnama, ia paling sesuai untuk dicerap menggunakan binokular. Gugusan Beehive ini terletak pada jarak 580 Tahun Cahaya, dan mempunyai keluasan 10 Tahun Cahaya!! Ia dipercayai berumur 400 juta tahun!
Istimewanya untuk beberapa hari ini, gugusan Beehive ini akan mempunyai tetamu, iatu planet Marikh. Secara kebetulan, planet Marikh akan melintasi kawasan gugusan ini bermula esok (22hb) sehingga 24hb Mei.
Marikh akan melintasi kawasan langit yang padat dengan bintang pada ketika itu. Oleh itu, besar kemungkinan kita akan berpeluang menyaksikan Marikh bergerak perlahan-lahan melewati beberapa bintang yang berdekatan. Bukti yang jelas bahawa planet tidak tetap dalam kedudukannya di langit!
Klik di sini untuk kedudukan planet Marikh di langit
Klik di sini untuk kedudukan planet Marikh berlatar belakangkan Beehive .
Saya cadangkan pada hari Sabtu ini, kita buat pakatan pergi ke P2 Ulu Yam untuk stargazing fenomena ini. Kalau bersetuju, kita boleh bincang lebih lanjut dalam forum.
Jom Teropong!
|