arrowHome arrow Fenomena arrow Komet arrow Komet C/2007 W1 Boattini muncul sekitar Subuh Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 25 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 05:09:41 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Komet C/2007 W1 Boattini muncul sekitar Subuh PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 24 June 2008

Terkini: Imej di sebelah diambil oleh Kayzack dari LNO pada 2 Julai 2008. Maklumat terperinci boleh didapati di SINI.

Agak menarik saya terlupa untuk mewar-warkan kemunculan sebuah komet bernama Komet C/2007 W1 (Boattini), yang beberapa bulan lepas berada di sekitar langit selatan , waktu selepas Maghrib dan awal Isya. Jelas ia merupakan kesilapan saya, dan saya mohon maaf.

Tinjauan di laman web "Weekly Information about Bright Comets " menunjukkan komet ini semakin pudar tetapi masih di peringkat magnitud 4.8 ke atas. Ini bermakna, ia boleh dikatakan cukup cerah untuk dijejaki menerusi binokulars. Dan jika anda cekap menggunakan mata, ia turut boleh dilihat dari kawasan langit yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya.


Saiz komet ini sekarang ialah 20 arc minit, cukup besar, hampir setengah darjah!

Untuk jejaki komet ini, ia sudah mula muncul perlahan-lahan dari arah langit timur berhampiran dengan buruj Orion sekitar jam 6.30 pagi. Menjelang akhir bulan, ia bergerak semakin tinggi dan mula memasuki kawasan buruj Taurus dan Pisces.

Koordinat komet tersebut untuk 2 minggu akan datang adalah seperti berikut:

Ephemeris of comet C/2007 W1 Boattini

Date           Azimuth         Altitude        Declination       Right Ascension
25 Jun 2008    098° 44' 58"    +17° 16' 27"    -07° 24' 25"      04h 19m 16.9s   
26 Jun 2008    097° 51' 43"    +19° 55' 10"    -06° 18' 32"      04h 12m 55.3s   
27 Jun 2008    096° 58' 24"    +22° 28' 13"    -05° 14' 02"      04h 06m 57.7s   
28 Jun 2008    096° 04' 53"    +24° 55' 37"    -04° 11' 05"      04h 01m 23.2s   
29 Jun 2008    095° 11' 00"    +27° 17' 25"    -03° 09' 49"      03h 56m 10.8s   
30 Jun 2008    094° 16' 39"    +29° 33' 45"    -02° 10' 17"      03h 51m 19.6s   
01 Jul 2008    093° 21' 42"    +31° 44' 45"    -01° 12' 32"      03h 46m 48.3s   

Perkiraan oleh Skymap Pro 8.

Jom teropong!
Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Wednesday, 02 July 2008 )
 
Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.