|
Himpunan Planetari - Bulan, Zuhal, Marikh dan Regulus 6 Julai nanti |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Friday, 04 July 2008 |
|
Bersedia dengan kamera anda! Pada petang selepas Maghrib 6 Julai nanti (tarikh keramat), tinjau-tinjau langit sebelah barat. Kita akan disajikan suatu himpunan planetari yang cukup unik.
Klik Sini untuk gambarajah lebih besar
Bulan, Marikh, Zuhal dan Regulus akan sama-sama berkumpul di satu kawasan langit yang sama. Berdasarkan pengiraan Skymap Pro, jarak antara 2 buah objek yang paling jauh antara satu sama lain ketika itu (iaitu Bulan dan Zuhal), ialah lebih kurang 5 darjah sahaja.
Bagaimana anda mahu mengecam objek-objek tersebut. Senang je. Mulakan kedudukan mata anda ke arah Bulan. Di sebelah kanan Bulan, akan kelihatan bintang Regulus.
Kemudian dari bintang Regulus, lihat ke arah atasnya. Anda akan bertemu dengan Marikh, kelihatan seperti bintang yang cerah sederhana sahaja. Di atas dari Marikh, Zuhal akan bersinar.
Oleh itu, kalau disusun mengikut kecerahan, yang paling cerah ialah Zuhal, diikuti Regulus dan terakhir Marikh.
Gunakanlah peluang ini untuk merakam menggunakan apa jua kamera yang anda ada dan kongsi bersama-sama menerusi forum Falak Online.
Jom teropong!
|
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|