arrowHome arrow Fenomena arrow Himpunan Planetari arrow Pakej Hebat! Marikh, Zuhal, Kejora, Bulan dan Utarid di langit petang Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 17 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 04:54:41 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Pakej Hebat! Marikh, Zuhal, Kejora, Bulan dan Utarid di langit petang PDF Print E-mail
Written by Shah   
Monday, 28 July 2008

 Selepas beberapa ketika bertapa,Alhamdulillah saya berpeluang untuk mencuri sedikit masa menceritakan beberapa siri fenomena planetari menarik yangbakal berlaku dalam masa 4-5 hari akan datang.

Ingatkah anda terhadap 2 buah planet yang telah mendominasi langit kita sejak akhir tahun lepas? Marikh, adalah satu daripadanya, manakala Zuhal turut tidak melepaskan peluang untuk mencuri perhatian kita.

 

Kini, kedua-dua buah planet tersebut sudah semakin rendah di ufuk barat, sebaik sahaja terbenam matahari. Marikh yang pada suatu ketika dahulu bersinar pada kecerahan yang sungguh tinggi, kini hanya berupaya menjadi sebuah objek yang samar-samar sahaja, umpama sebuah bintang yang biasa dan tiada istimewanya.

Namun, antara sedar atau tidak, kedua-dua planet ini bakal disambut oleh kelibat objek yang ketiga cerah di langit tidak lama lagi. Objek itu ialah planet Kejora (Venus). Kejora yang sekian lama berkelana di langit pagi, kini sudah mula mengorak langkah untuk kembali menggegarkan langit angkasaraya di sebelah petang.

Bersinar pada kecerahan magnitud -3.9, Kejora yang baru sahaja selesai melepasi posisi superior conjunction dengan matahari beberapa bulan lepas, kini semakin tinggi setiap hari menjelang bulan-bulan yang akan datang.

Di sini, saya ingin menarik perhatian anda dengan beberapa siri himpunan planetari yang bakal berlaku bermula hari ini sehinggalah 5 Ogos nanti. Himpunan planetari kali ini melibatkan Marikh, Zuhal,

Pada petang esok (29 Jul),  arahkan pandangan anda ke ufuk Barat (arah matahari terbenam) sekitar jam 7.45 pm. Jika kawasan ufuk bebas dari awan dan gangguan bangunan, kita akan dapat lihat kelibat planet Kejora bersinar terang rendah di ufuk. Di atas nya, seolah-olah berbaris menunggu giliran, ialah Zuhal dan Marikh (rujuk gambarajah di bawah).

Perhatikan perubahan posisi Kejora berbanding Zuhal dan Marikh, menjelang hari-hari mendatang.

Pada 2 Ogos, Hilal akan kelihatan betul-betul di sebelah kiri bawah dari kedudukan Kejora.

Pada 3 Ogos, Bulan sabit akan berada di kiri planet Zuhal pula.

Dan menjelang 4 Ogos, Bulan berada di kiri Marikh.

Jika anda tidak pasti kedudukan planet-planet tersebut, gunalah kehadiran bulan di langit untuk menjejaki kedudukan planet-planet tersebut.

Pada 5 Ogos pula, kesemua  4 objek ini akan berada segarisan, dengan kelebaran hampir 36 darjah, bermula dari Bulan di atas sekali, diikuti Marikh, Zuhal dan Kejora. Dan jika anda bernasib baik, mungkin anda akan dapat lihat Utarid yang mula muncul, begitu rendah di kaki langit.

Fenomena himpunan planetari ini tidak patut dilepaskan. Dan jika anda memiliki kamera digital, gunalah peluang ini untuk merakam seberapa banyak foto untuk dijadikan kenang-kenangan.

Jom teropong!

 

 

 

 


Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Monday, 28 July 2008 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.