|
Ok, mungkin gambar ini agak 'misleading', kerana ia bukannya langit Malaysia, tetapi harapannya ialah selepas aktiviti ini, mungkin ada ahli-ahli Falak Online dapat menghasilkan foto yang serupa. Aktiviti apa yang dimaksudkan?
Pada Sabtu ini (9hb Ogos 2008), satu lagi sesi Stargazing dan Astrophotography akan diadakan di perkarangan kawasan letak kereta Empangan Kuala Kubu Bharu. Aktiviti ini adalah inisiatif dari William (universe24) dan Abg Aziz (mymoon). Itenari aktiviti adalah lebih kurang seperti di bawah 8:00~8:30pm - Jumpa di Stesyen Petronas terakhir sebelum simpang ke Ulu Yam n 8:45pm - Bertolak ke KKB (45mins drive) 2:00am (10hb Ogos) - Sesi tamat, balik rumah , tidur!
Sila bawa peralatan cerapan, lampu picit (bersalutkan plastik merah), peta-peta bintang, dan mana-mana peralatan yang sesuai.Disebabkan kawasan ini agak terpencil dan gelap, sila pastikan masing-masing menjaga keselamatan diri dan harta benda. Falak Online tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang musibah. Ahli-ahli yang berminat, sila nyatakan nama anda di forum. Dan juga sila SMS saya sendiri (016-2333565) atau Sheikh Muzzamir (012-5900943) untuk mengesahkan kehadiran anda. Perbincangan lanjut boleh dibuat di Forum (Foto di atas oleh Mike Salway - iceinspace)
|