|
Himpunan Planetari 2 Sep 2008 - Bulan, Kejora, Marikh dan Utarid |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Tuesday, 02 September 2008 |
Ya, memang benar apa amahir sebut, pada petang ini, akan berlaku himpunan planetari yang agak menarik yang melibatkan 3 planet dan Bulan.
Perhatikan ke kawasan langit sekitar ufuk Barat, selepas Maghrib. Objek pertama yang saya rasa amat senang untuk dilihat ialah Bulan sabit yang berumur 3 hari (masuk malam 3 Ramadhan hari ini).
Pada kedudukan arah jam pukul 4 dari Bulan, Kejora akan mudah kelihatan, kerana kecerahan melampaunya!
Tetapi yang menarik ialah kehadiran Utarid di sebelah kiri dari Kejora, serta Marikh yang akan berada ke kanan dari kedudukan Bulan.
Marikh mungkin agak sukar untuk dilihat kerana ia tidak bersinar pada magnitud yang cerah, hanya sekitar magnitud 1.7 . Mungkin kena tunggu lewat sikit, sekitar jam 8 malam apabila langit pun sudah semakin gelap, maka barulah kita boleh jejak planet ini.
Jom teropong sambil berbuka puasa!
|
|
Last Updated ( Tuesday, 02 September 2008 )
|