arrowHome arrow Fenomena arrow Juraian Meteor arrow Juraian Meteor PERSEIDS! 13 Ogos 2005 Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 13 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 10:17:41 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Juraian Meteor PERSEIDS! 13 Ogos 2005 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Wednesday, 03 August 2005
Terkini(13 Ogos). Laporan dari laman-laman web menyatakan juraian Perseids kali ini tidaklah begitu banyak. Dan memandang tarikh waktu puncaknya telah lepas, juraiannya mulai berkurangan. Namun bagi mereka yang masih berminat, teruskan cerapan anda!.

Pada awal pagi (sekitar jam 1 pagi) 13 Ogos 2005 nanti, kita akan berpeluang untuk menyaksikan juraian meteor Perseids, bersempena dengan nama buruj Perseus, yang mana terletak radiant-nya.

Menariknya tahun ini, bulan akan terbenam agak awal, sekitar tengah malam. Ini membolehkan kita mencerap kehadiran meteor-meteor ini tanpa gangguan cahaya dari Bulan.
Meteor Perseids ini dijangkakan akan muncul di keseluruhan kawasan langit, dengan kadar sekitar 1 meteor setiap minit! Namun harus diingat, pengiraan kadar ini adalah dengan anggapan kita mencerap dari kawasan luar bandar, jauh dari sebarang pencemaran cahaya.

Tetapi, bagi kita yang duduk di bandar, kita masih berpeluang untuk melihat meteor-meteor yang cerah sahaja.

Jam 1 pagi 13 Ogos itu merupakan waktu puncak juraian meteor Perseids, namun tidak seperti juraian Leonids, Perseids ini agak aktif beberapa hari sebelum dan selepas tarikh puncaknya. Ini membolehkan kita mula mencerap di dalam jangkamasa beberapa hari.

Untuk melakukan pencerapan juraian meteor, kita hanya perlu menggunakan mata kita sahaja, dan jikalau berpeluang, kawasan yang gelap, bebas dari cahaya.

Sebagai maklumat semua, juraian meteor Perseids ini berasal dari debu-debu komet Swift-Tuttle.

Kebetulan tarikh puncak tersebut, serentak dengan tarikh Konvensyen Falak Syarie Negeri Selangor 2005!

Apa lagi, jom teropong!


Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.