|
UPM Stargazing - 17 Sep 2005 |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Saturday, 10 September 2005 |
PETA KE PADANG KAWAD UPM Akan hadir ke aktiviti cerapan di UPM? Jom bincang di forum! Astronomy Interest Group (AIG) Universiti Putra Malaysia di bawah Kelab Fizik UPM, sekali lagi akan mengadakan "Program Cerapan Bintang" atau Star Gazing pada.. 17 Sep 2005 (Sabtu malam Ahad) bertempat di Padang Kawad, UPM. Aktiviti ini bermula jam 8 malam dan berlanjutan sehingga 12 tengah malam. Maklumat lanjut boleh didapati di sini. InsyaAllah pada malam tersebut kumupulan AIG akan menggunakan teleskop 10" LX200 GPS mereka buat kali pertama! Saya juga akan turut menyumbang tenaga dan membawa bersama 2 buah teleskop saya (8" LX90 dan 10" Dobsonian). Nostalgia lalu. Kumpulan AIG ini mempunyai sejarah tersendiri bagi diri saya. Selama 6 tahun bertungkus lumus menuntut di UPM, di sinilah saya berjumpa dengan Prof.Madya Dr. Zaidan, yang merupakan penyelaras kepada kumpulan peminat astronomi ini....
Selama itu jugalah, kami (bersama-sama ahli kelab Fizik) telah sama-sama menggerakkan aktiviti stargazing di UPM. Kalau tak silap saya, lokasi terawal stargazing yang kami buat ialah di Padang Hoki, berhadapan dengan Fakulti Ekologi Manusia. Kemudian barulah kami berpindah lokasi ke Padang Kawad sehingga hari ini. Konsep yang selalu diketengahkan oleh AIG ialah sesi cerapan praktikal bersama-sama dengan penerangan multimedia menggunakan lcd projector. Dan kadangkala mereka akan memancarkan LIVE imej terus dari teleskop ke LCD. Perhimpunan pada malam hari tersebut, merupakan satu peluang untuk para peminat astronomi di dalam kampus dan juga masyarakat luar untuk bertemu dan berkongsi-kongsi pendapat dan idea. Saya secara peribadi berpendapat peluang ini amat berharga untuk dilepaskan begitu sahaja. Jumpa di sana!
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
|