|
Laporan Konvensyen Falak Syarie Negeri Selangor |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Monday, 26 September 2005 |
Alhamdulillah Konvensyen Falak Syarie yang dianjurkan oleh Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor, selamat dijalankan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Shah Alam pada Sabtu dan Ahad lepas. Kehadiran ramai sifu-sifu falak tanahair yang membincangkan isu taqwim dan yang berkaitan dengannya merupakan satu bonus kepada hadirin yang hadir yang memenuhi tempat-tempat duduk ( atau tangga? ) yang ada di komplek ini! :-)
Sebanyak 8 buah kertas kerja telah dibincang sepanjang hari Sabtu tesebut, dan diikuti pada sebelah malamnya cerapan perdana langit! Saya meminta maaf kepada rakan-rakan semua kerana tidak dapat hadir pada malam cerapan tersebut. Dengar cerita bro rahman dari Melaka turut datang sebelah petang dan balik tengah malam!
Beberapa buah gerai turut disediakan oleh pihak penganjur. Seperti biasa pertubuhan-pertubuhan falak seluruh negara telah sama-sama menyumbang tenaga di dalam persediaan gerai tersebut. Ini merupakan kali pertama saya hadir ke Kompleks Taman Seni Islam ini, dan saya rasa kompleks ini cukup bagus untuk dijadikan sebagai tempat pengajuran konvensyen atau seminar falak di Selangor, lebih-lebih lagi fasilitinya yang cukup bagus dan selesa. Saya tidak dapat memberi komen berkenaan keadaan langit dari kawasan perkarangan kompleks ini, kerana tidak hadir pada sesi cerapan malam tersebut. Seronok juga dapat bertemu dengan pengunjung Falak-Online di konvensyen tersebut, mudah-mudahan pertemuan kita di sana akan disemarakkan lagi di dalam perbincangan kita di dalam forum Falak-Online di alam siber! Terima kasih kepada kamayok (Tommy) yang turut hadir bersama isteri dan mengambil foto suasana di sana, saya sendiri tak sempat nak ambil gambar! Mudah-mudahan Unit Falak Selangor, akan terus menerus menganjurkan aktiviti seumpama ini untuk perkongsian ilmu falak kepada masyarakat umum.
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
|