arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Isu Hangat arrow Penerangan isu "Planet ke-10" Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 17 Guests and 1 User online

Personal Message nsyahron
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 05:55:08 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Penerangan isu "Planet ke-10" PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 23 October 2005
Penemuan sebuah objek 2003 UB313 yang dikatakan mempunyai saiz lebih besar dari planet Pluto, telah menimbulkan banyak kekeliruan dan mengungkit pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai berkenaan status objek tersebut. Tambah menimbulkan kekeliruan, objek ini telah diberi nama "Xena" . Dan banyak berita-berita yang memberi gelaran "Planet ke-10" . Saya turut dapati masih ramai yang bertanya berkenaan status sebenar objek ini, samada menerusi laman web ini ataupun di laman web KUSZA. Oleh itu saya terpanggil untuk merujuk kepada laman web pertubuhan antarabangsa, iaitu Internation Astronomical Union" atau IAU, yang merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaraskan segala isu di dalam bidang astronomi, termasuk di dalam kes penemuan-penemuan objek seperti 2003 UB313.

Di bawah merupakan pengumuman yang dibuat, di alih bahasa ke bahasa melayu.

*********begin translation*************************
Objek Trans-Neptunian 2003 UB313 melangkaui Pluto dari segi saiz.

Pada 29 Julai 2005, IAU Circular 8577 telah mengumumkan penemuan 3 buah objek Trans-Neptunian yang agak cerah oleh M.E. Brown, C.A. Trujillo dan D.Rabinowitz menggunakan teleskop Schmidt 1.2 meter Palomar. Salah sebuah daripada objek tersebut, 2003 UB313, didapati mempunyai saiz yang sama atau lebih besar daripada planet Pluto. Jarak objek ini dari matahari adalah dari 38 AU hingga 98 AU. Jarak 1 AU bersamaan 150 juta km. Kedudukan terkini objek tersebut ialah pada sekitar 98 AU. Masa yang diambil untuk mengelilingi matahari ialah sekitar 560 tahun, dan orbitnya jauh lebih lonjong dan jauh lebih senget satahnya berbanding orbit Pluto. (Rujuk juga ke http://www.gps.caltech.edu/~mbrown/planetlila/index.html)

Kami ingin mengulangi pengumuman yang dibuat sebelum ini oleh Kumpulan Kerja IAU untuk menetapkan definisi sebenar untuk sebuah planet. Penemuan objek 2003 UB313 telah mengukuhkan lagi sebab mengapa defini tersebut perlu, di dalam usaha untuk menentukan samada 2003 UB313 layak diklasifikasikan sebagai planet atau tidak. Sehingga itu, objek tersebut tidak akan diberi sebarang nama rasmi oleh IAU.

Definisi "Planet"

IAU telah sentiasa memerhatikan kadar penemuan objek-objek di dalam sistem suria kita sejak sedekad yang lalu, dan ia menyebabkan pemahaman kita terhadap kawasan Trans-Neptunian semakin bertambah begitu pantas. Keadaan ini jauh lebih serius berbanding ketika Pluto ditemui. Oleh itu IAU telah menubuhkan sebuah kumpulan yang digelar Working Group: "Definition of a Planete" di bawah Division III, untuk menimbangkan definisi saiz minimum sesebuah Planet. Sehingga laporan dari kumpulan ini diterima, semua objek yang ditemui pada jarak lebih jauh dari 40 AU akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada populasi objek-objek Trans-Neptunian.

******end of translation****************

Semoga dengan penerangan di atas akan dapat meleraikan kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat kita, dan mengelakkan daripada menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak tepat di kalangan kita.

Saya sebagai pengendali laman web Falak-Online meminta maaf jika tajuk 2 buah artikel saya sebelum ini (bertajuk "Planet" ke-10 ditemui? dan "Planet" ke-10 memiliki sebuah bulan.) berkenaan objek ini menimbulkan kekeliruan di kalangan para pengunjung. (Perhatikan juga saya meletakkan tandaan "" semasa menulis perkataan "Planet ke-10" , bagi menunjukkan ia hanya gelaran semata-mata dan belum dirasmikan. )

Simulasi orbit 2003 UB313 boleh didapati di sini

Wallahualam.
Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Sunday, 10 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.