arrowHome arrow Fenomena arrow Kalendar Samawi arrow Fenomena Januari 2006 Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 13 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 09:30:29 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Fenomena Januari 2006 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 01 January 2006

 Bulan Januari 2006 menghidangkan kepada kita beberapa fenomena yang agak menarik untuk dicerap. Di bawah merupakan artikel ringkas fenomena yang akan berlaku.

 

Bulan
Pada 1hb Januari, Bulan berada di sebelah kiri planet Kejora, membentuk pasangan objek samawi yang indah di langit sebelah barat, sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Keesokan harinya, ia lebih kurang 14 darjah ke atas Kejora, di dalam kawasan buruj Capricorn.

Ia akan berada di dalam fasa Bulan Separuh (First Quarter) pada 6 Januari di dalam buruj Pisces.

 Pada 8 Januari, Bulan akan berada hanya 4 darjah sahaja dari Marikh, tegak di atas kepala sekitar jam 8 malam.

(Rajah di sebelah menunjukan langit pada jam 7.45 PM)



Kemudian, pada 9 Januari pula, dengan memandang ke arah timur, Bulan akan kelihatan berada di antara Marikh (di atas kanannya), dan gugusan bintang M45 di sebelah kiri bawah. Keesokkannya, Bulan telah pun bergerak 6 darjah ke bawah M45.


Bulan Penuh berlaku pada 14 Januari 2005. Ketika ini, ia berada amat hampir dengan bintang Pollux, dengan planet Zuhal berada di sebelah kanan bawahnya. Pada 15 Januari, Bulan berada 4 darjah ke kiri dari planet zuhal.

Last Quarter berlaku 22 Januari 2005. Yang menarik pada awal pagi 22hb ini (sekitar jam 6 pagi) ialah bintang Spica berada begitu hampir dengan Bulan, kurang dari 1 diameter Bulan! Namun begitu, penghijaban tidak akan berlaku.

Pada 24 Januari, Bulan berada 5 darjah ke kanan bawah dari planet Musytari. Kedua-dua objek ini berada di dalam buruj Libra. Lakukan cerapan pada jam 6 pagi

Utarid.
Bulan ini amat sukar dan hampir mmustahil untuk menjejaki planet Utarid, kerana ia berada begitu hampir dengan matahari.


Kejora
 Planet Kejora yang sejak beberapa bulan yang lalu mendominasi langit petang, kelihatan semakin menghilang menjelang pertengahan bulan Januari. Perhatikan ketinggiannya turun semakin mendadak setiap hari. Cerap sekitar jam 7.45 petang, dan perhatikan perubahan posisi ini.

(Rajah di sebelah menunjukan langit pada jam 7.45 PM)

Menerusi teleskop, ia kelihatan seperti Bulan Sabit yang nipis dan semakin menipis, dan pada 13 Jan, ia akan terbenam serentak dengan matahari. Kemudian perhatikan langit sebelah timur, sekitar Subuh, menjelang akhir bulan ini, kita akan dapati Kejora muncul secara mendadak!

Marikh
Marikh berada di kawasan buruj Aries sepanjang bulan ini. Menerusi teleskop, ia semakin mengecil dan semakin sukar untuk melihat ciri-ciri permukaannya.

Musytari
 Musytari merupakan planet yang mendominasi langit pagi sepanjang bulan Januari. Ia kelihatan seperti bintang yang amat cerah di langit sebelah timur, sekitar ketinggian 45 darjah. Ia akan terbit sekitar jam 3 pagi pada awal Januari dan menjelang akhir Januari, ia akan terbit jam 1.30 pagi.

 Perhatikan juga ia berada hampir dengan bintang Zubenelgenubi, bintang tercerah dalam buruj Libra. Malah Musytari akan berada kurang dari 1 darjah dari  bintang ini sepanjang Januari, cukup untuk memuatkan kedua-dua objek ini di dalam satu medan penglihatan teleskop yang sama!

(Rajah di sebelah menunjukkan langit pada jam 5 AM)

 



Zuhal
 Sedar tak sedar, Zuhal mula kembali muncul di langit sebelah awal malam kita. Pada awal Januari ia terbit pada jam 9.15 malam, dan menjelang akhir bulan, ia terbit pada jam 7 petang!!

(Rajah di sebelah menunjukkan langit pada jam 10 PM)

Ia akan berada di istiqbal pada 27 Jan.

Menarik sepanjang bulan ini ialah, Zuhal akan bergerak mendekati kawasan gugusan bintang M44-Beehive cluster, yang mana menjelang akhir bulan ini ia akan berada kurang dari 1 darjah dari pusat gugusan ini!

Apa lagi, jom teropong!

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.