|
Written by Shah
|
|
Tuesday, 24 January 2006 |
|
Saya telah selamat mengikuti kursus Rubu' Mujayyab Siri ke-2 , yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka, di Balaicerap Al-Khawarizmi pada Sabtu dan Ahad lepas. Alhamdulillah, sekali lagi Tuan Guru kami Ustaz Hj Hanapiah, Ketua Unit Falak SYarie, Jabatan Mufi Negeri Johor telah berjaya mengajar kami selok-belok penggunaan Rubu' Mujayyab. Tidak sangka alat sebegini ringkas, boleh melakukan apa yang peralatan moden sekarang buat.
Bayangkan dengan hanya sekeping papan berbentuk seperempat bulatan, dengan garisan-garisan kiraan yang sungguh basic, boleh melakukan seribu satu macam pengiraan dan berupaya mengolah maklumat dengan cukup tepat!
Menurut Ustaz Hanapiah, terdapat 4 buah kitab pengajian berbahasa Arab untuk Rubu' Mujayyab ini, dan saya akan menunggu-nunggu kitab terjemahannya , bagi membolehkan ilmu ini dapat disemarakkan dan dikembangkan lagi kepada masyarakat umum.
Seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat di Melaka, kerana saya tak bawa teleskop kali ini. Menyesal pula kerana langit pada malam 21 hb itu begitu cerah, sehingga imej buruj Orion dan buruj AUriga yang tertera di kaca TV, menerusi kamera Mallincam tu, amat susah dikenalpasti kerana terlalu banyak bintang!!!!! Subhanallah!!
Saya juga telah disediakan satu ruangan baru dalam Forum Falak-Online khas berkenaan Rubu' Mujayyab, serta sebagai medium perbincangan peserta-peserta kursus tersebut.
|
|
Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
|