|
Hilal Muharram 1427 Hijrah |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Tuesday, 31 January 2006 |
|
Pada petang 30 Januari lepas, saya berada di balaicerap KUSZA, mengambil peluang pulang bercuti ke kampung. Di sana saya telah bersama-sama dengan team KUSZA untuk mencerap hilal Muharram 1427 Hijrah.
Alhamdulillah, saya berjaya juga buat kali kedua untuk menjadi saksi keindahan hilal disebalik langit senja serba merah! Memang cukup indah dan mengkagumkan! Memang jelas sekali antara sebab mengapa umat Islam disarankan untuk mencerap hilal ialah betapa indah dan syahdunya apabila menyaksikan sabit bulan yang sungguh nipis perlahan-lahan terbenam di kaki langit, menunjukkan kebesaran Ilahi di dalam menentukan perubahan siang dan malam, dan perjalanan bulan dan matahari masing-masing di dalam falaknya! Subhanallah.
Dan sebelah malamnya, langit sungguh indah, dengan beribu-ribu bintang bertaburan di sana-sini!!
Laporan lebih terperinci akan menyusul sebaik sahaja saya pulang ke KL Khamis ini, InsyaAllah.
|
|
Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
|