|
Written by Shah
|
|
Saturday, 11 February 2006 |
|
Malam ini (11 Feb), Bulan yang berumur 12 hari akan mengiringi planet Zuhal merentasi langit sehingga ke pagi. (Klik gambar untuk imej lebih besar)
Perhatikan sekitar jam 8 malam arah ke Timur, Bulan akan berada di dalam kawasan buruj Cancer. Di sebelah kanan Bulan, akan kelihatan planet Zuhal yang bersinar pada kecerahan magnitud -0.2 .
Secara amnya kedua-dua objek ini dilihat hanya dipisahkan sejauh 4 darjah sahaja. Namun hakikatnya, Bulan jauh lebih hampir ke Bumi berbanding Zuhal.
Zuhal berada 1221 juta km berbanding dengan Bulan yang berada hanya 404,406 km dari Bumi. Disebabkan jaraknya yang jauh, cahaya dari Zuhal terpaksa mengambil masa selama 1 jam 7 minit untuk sampai ke Bumi (berbanding Bulan yang mengambil masa selama 1.3 saat sahaja).
Begitulah maha luasnya alam ini! Subhanallah!
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
|