|
Komet Pojmanski menyinar di awal pagi |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Saturday, 25 February 2006 |
|
Terima kasih buat ahli kita, sdra botok kerana mengingatkan saya menyediakan maklumat terkini berkenaan dengan komet C/2006 A1 (Pojmanski) yang kini berada di langit sebelah subuh arah timur.
Penerangan dan gambarajah yang disedikan oleh botok boleh dilihat di forum falak-online .
Sebagai sedikit tambahan, komet Pojmanski kini berada ke bawah dari kedudukan planet Kejora. Planet Kejora merupakan objek paling cerah di langit timur ketika ini, sekitar waktu Subuh. Komet ini akan merentasi dari arah kanan ke kiri, menuju arah utara.
Komet Pojmanski dan Kejora akan dipisahkan sejauh 10 darjah, di dalam masa 2 atau 3 hari ini. Selepas itu, komet ini akan bergerak semakin jauh ke arah utara.
Faktor yang mencabar di dalam usaha menjejaki komet ini ialah altitud atau ketinggian komet ini yang akan hanya berada di sekitar 15 darjah sahaja, jika dicerap pada jam 6.15. Selang seminggu kemudian, ia akan naik sedikit ke sekitar 20 darjah sahaja, sebelum ia kembali menjunam ke arah ufuk langit.
Menurut laman web http://www.aerith.net , komet ini berada pada kecerahan magnitud 5.2 ketika ini! Secara terorinya, ia sudah boleh dilihat dengan mata kasar, dan amat mudah untuk dilihat menerusi binokulars.
Di manakah kedudukannya sekarang?
Rajah ini menunjukkan posisi komet ini relatif kepada kedudukan Kejora dan Bulan selama seminggu .
Himpunan paling menarik akan berlaku pada awal pagi 27 Jan (Isnin) nanti, yang mana Komet itu akan berada kurang 1 darjah dari bintang Dabih, salah satu bintang tercerah dalam buruj Capricorn.
Rajah ini pula menunjukkan medan penglihatan di kawasan bintang Dabih . Medan penglihatan ini merangkumi sekitar 10 darjah, iaitu lebih kurang sama saiz dengan medan penglihatan sebuah binokulars.
Anda boleh jadikan bintang Dabih sebagai panduan untuk menejaki komet ini. Secara "rule-of-thumb", sebuah komet akan kelihatan seperti sebuah bintang yang agak besar dan mempunyai serakan cahaya di sekelilingnya. Bintang-bintang biasa akan kelihatan seperti satu titik cahaya sahaja, tanpa serakan cahaya. (Lihat kembali imej-imej komet Neat dan Linear yang saya ambil di dalam Galeri Falak-Online )
Apa lagi, jom teropong!!
|
|
Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
|