arrowHome arrow Fenomena arrow Himpunan Planetari arrow Kejora menanti anda! Sunday, 07 September 2008  
Masalah Login?
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 22 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
September 07, 2008, 10:28:45 PM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Kejora menanti anda! PDF Print E-mail
Written by Shah   
Sunday, 26 February 2006

 Matahari yang pada ketika ini terbit agak lewat, sekitar jam 7.25 waktu Kuala Lumpur, sedikit sebanyak memberi hikmah kepada kita semua.

Disebalik kekalutan untuk ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah, saya cadangkan agar jenguk-jenguklah seketika ke arah langit, terutama sekali ke arah ufuk Timur.

Agak mustahil untuk kita tidak menyedari kehadiran sebutir bintang yang begitu cerah. Sekali imbas, ia kelihatan seperti sebuah kapal terbang. Namun, apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, objek ini tidak bergerak langsung.

Itulah planet Kejora, planet ke-2 kedudukannya dari matahari, dan ketika ini objek yang ke-3 paling cerah di langit, selepas matahari dan bulan.

Buat beberapa bulan yang akan datang, Kejora akan mendominasi langit subuh dengan keamatan cahayanya. Jika anda mempunyai teleskop, perhatikan perubahan fasanya, seolah-olah serupa dengan fasa bulan.

Dan jika anda mempunyai kamera digital, jangan lepaskan peluang untuk mengambil foto planet ini. Ia cukup mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu bermain-main dengan waktu dedahan (exposure) kamera tersebut, dan cuba dapatkan kombinasi terbaik latar belakang langit bewarna biru dengan Kejora yang menyinar putih bersih!

Jom teropong! 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.