|
MNS Rapor Watch Week - Ilham Resort 4 Mac 2006 |
|
|
|
|
Written by Shah
|
|
Sunday, 05 March 2006 |
|
Pada malam semalam, 4 Mac 2006, saya berada di Ilham Resort, Tanjung Tuan, Melaka untuk menjayakan satu sesi syarahan astronomi dan sesi mencerap. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada program Raptor Watch Week yang dianjurkan oleh Malaysian Nature Society (MNS).
Seramai lebih kurang 80 pelajar dan guru dari sekolah-sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan, Johor dan Melaka telah sama-sama menghadiri dan memeriahkan aktiviti anjuran MNS ini.
Pada sesi syarahan, buat pertama kali selama saya memberi syarahan kepada pelajar-pelajar sekolah, seorang pelajar telah berjaya memberikan jumlah sebenar buruj-buruj di langit! Kalau sebelum ini, majoritinya akan menjawab 12 buah buruj sahaja! Alhamdulillah pelajar tersebut (lihat foto) telah berjaya menjawabnya dan sebagai hadiah, saya paparkan fotonya di hadapan laman web ini! 
Pada sesi cerapan malam, Alhamdulillah kali ini langit begitu indah dan bebas dari gangguan awan. Para peserta telah berpeluang menyaksikan sendiri bulan sabit dan objek yang paling digemari ramai, iaitu planet Zuhal!
Kebetulan ketika ini, buruj Orion berada tinggi di langit, beserta bintang Sirius, dan buruj Gemini mengiringi Zuhal tegak di atas kepala.
Besar harapan saya agar ilmu yang sempat dikongsi bersama-sama pada malam tersebut diwar-warkan kepada rakan-rakan di sekolah, untuk mempopularkan lagi ilmu astronomi ini.
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
|