arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Penemuan terkini arrow Red Spot Junior Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 24 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 04:11:15 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Red Spot Junior PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 07 March 2006

( Ahli astronomi amatur dari Filipina, Christopher Go merakam imej ini pada 27 Feb lepas. Sumber Spaceweather.com )

Musytari merupakan sebuah planet yang sentiasa bergelora. Keseluruhan permukaannya dilitupi awan tebal, gas dan puting beliung yang ganas. Dan seperti mana kita telah baca buku-buku dan artikel berkenaan Musytari sebelum ini, terdapat sebuah sistem awan puting beliung yang cukup besar sehingga boleh menelan 2 hingga 3 buah planet sebesar Bumi!

The Great Red Spot (GRS) , ialah satu-satunya ciri pada permukaan planet Musytari yang begitu menonjol. Pada awal penemuannya, lebih kurang 400 tahun dahulu, warnanya amat merah.  Kelajuan angin di kawasannya mencecah 250 batu sejam! Menerusi teleskop, ia kelihatan seperti tompok kemerahan dan amat mudah untuk dilihat.

Setelah begitu lama ia berseorangan,  GRS kini mempunyai seorang lagi teman "sepermainan". Sebuah lagi sistem puting beliung, hasil gabungan daripada 3 buah sistem yang lebih kecil, telah mula terbentuk sejak 6 tahun dulu. Adalah dipercayai, GRS turut terbentuk hasil gabungan beberapa buah sistem tornado yang kecil yang bergabung. Digelar sebagai Red Junior atau Red Jr. , sistem ini hampir separuh daripada saiz GRS, dan kini warnanya menjadi kemerahan, tanda-tanda menunjukkan intensiti ributnya semakin kuat. Pada awal pembentukan Red Jr., ia berwarna putih.

Adakah ia akan terus kekal? atau adakah ia akan semakin menghilang? Allah sahaja yang mengetahui. Tetapi bagi kita di bumi ini, ia memberi peluang untuk memerhatikan perlakuan Red Jr. ini pada bulan-bulan yang akan datang. Kedinamikan sistem awan dan ribut di planet Musytari ini sentiasa diterjemahkan ke dalam bentuk yang penuh rahsia dan kejutan.

Jom Teropong! 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.