|
InsyaAllah, kumpulan NETT (National Eclipse Tracker Team) yang baru ditubuhkan, akan bertolak ke Turki pada Isnin hadapan, untuk menyaksikan fenomena gerhana penuh matahari, yang dijangka akan merentasi negara ini pada 29hb Mac nanti.
Alhamdulillah, saya akan turut serta ke sana, untuk membuat rakaman video dan still shots gerhana. Ini merupakan pengalaman pertama kali, mudah-mudahan Allah izinkan saya menjadi salah seorang saksi akan keindahan dan keajaiban alam semesta ini.
Saya bercadang untuk membuat moblog ketika berada di sana, sebagai laporan ringkas dari semasa ke semasa,tapi agak malang kerana line Digi di Turki tidak menyediakan kemudahan GPRS atau EDGE. Oleh itu, terpaksalah anda semua tunggu sehingga kami balik ke KL 3hb April nanti!
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan fenomena gerhana ini, boleh rujuk penerangan yang komprehensif oleh pihak KUSZA di laman web mereka .
Secara ringkasnya, kami akan berada di bandar Manavgat, yang mana gerhana penuh akan berlaku selama 3 minit 40 saat!
Sepanjang jangka waktu dari 1st contact sehinggalah 4th contact, ahli-ahli NETT akan melakukan beberapa buah eksperimen dan pengumpulan data.
Maklumat ini akan diselia sekembali kami ke Malaysia, dan InsyaAllah beberapa siri ceramah akan diadakan untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua!
Kumpulan NETT yang pergi terdiri dari kumpulan dari Universiti Malaya, Balaicerap Al-Khawarizmi, Unit Falak Pejabat Mufti Negeri Sembilan dan Perak, Dr.Rowi dan saya sendiri Doakan kami selamat pergi dan sampai, serta cuaca yang elok untuk mencerap Gerhana Penuh Matahari ini!
|