arrowHome arrow Fenomena arrow Komet arrow Siap sedia untuk menyambut rantaian Komet Schwassmann-Wachmann 3 Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 24 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 05:35:16 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Siap sedia untuk menyambut rantaian Komet Schwassmann-Wachmann 3 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 11 April 2006

 {Imej pada Mar. 8, 2006 oleh Ernesto Guido and Giovanni Sostero}

Komet Schwassmann-Wachmann 3, yang juga dikenali sebagai Komet 73P, sedang menuju pantas ke Bumi ketika ini.

Sudah hampir beberapa bulan, ahli astronomi amatur dan professional memerhati perubahan yang berlaku terhadap komet ini. Komet 73P telah berpecah kepada beberapa segmen sejak tahun 1995 lagi. Sehingga hari ini ia masih berpecah kepada satu rantaian komet yang panjang. Komponen pecahan komet ini digelar mengikut abjad. Komponen yang paling cerah ialah C, diikuti komponen B dan G.

Komponen B mengikuti C 1.0 hari ke belakang, dan kecerahannnya hampir sama. 0.2 hari di belakang komponen B ialah G, yang bersinar 5 magnitud lebih kelam dari B. Komponen-komponen seterusnya menyusuri di belakang G, pada kecerahan yang agak malap, menjangkau 1.2 hari ke belakang.

Dijangkakan pada pertengahan bulan Mei, komponen C akan bersinar pada magnitud 4, B (mag. 4 atau 6), G (mag 10). Komponen selebihnya besar kemungkinan berada pada magnitud 13 atau lebih.

Namun begitu tiada siapa yang tahu apakah yang sebenarnya akan dapat dilihat menjelang bulan Mei nanti. Adakah komet ini akan bersinar lebih cerah apabila ia terus menerus berpecah? atau adakah ia terus menjadi malap?

Kali terakhir sebuah komet berada begitu hampir dengan Bumi ialah pada tahun 1996, apabila komet Hyakutake berada pada jarak 40 kali ganda jarak ke Bulan. Komet 73P ini merupakan komet yang akan berada paling hampir dengan Bumi sejak hampir 20 tahun, dengan jaraknya akan mencapai sekadar 25 kali ganda jarak ke bulan ( 6 juta batu dari Bumi!)

Mengapa kecerahannya tidak sehebat komet Hyakutake (1996) atau  Hale-Bopp(1997) ? Ini adalah kerana komet ini telah berpecah kepada beberapa fragmen atau komponen yang kecil-kecil, justeru tidak memungkinkan ia bersinar dengan cerah.

Pada 7 April lepas, ahli astronomi amatur mendapati kecerahan komponen B meningkat dengan mendadak dan ia berada lebih cerah sedikit berbanding komponen C!

Pada 10 April, jarakknya sudah pun berada hanya 0.3 AU dari Bumi. Namun agak pelik kerana keadaan komet ini masih lagi compact dan kecil. Tidak terserak atau mengembang seperti komet Hyakutake.

Di mana komet 73P berada sekarang?

Pengiraan berikut saya buat berdasarkan elemen orbit yang diambil dari laman web
http://astrosurf.com/orbitas/COMETAS/73P.html dan dibuat pada kedudukan setiap jam 4 pagi.

Ketika ini, komponen C berada hampir di zenith, di dalam buruj Serpens, Menjelang akhir bulan April, ia akan merentasi di antara buruj Hercules dan Ophiuchus. Pada 2 Mei ia akan berada hampir dengan bintang alpha Ophiuchus (mag 2). Menjelang pertengahan bulan Mei, ia akan berada di dalam buruj Aquila, sebuah buruj yang berada di dalam kawasan Bima Sakti, penuh dengan bintang dan gugusan bintang! Pasti suatu pemandangan yang menarik!

Jom Teropong! 

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Saturday, 09 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.