arrowHome arrow Berita dan Isu arrow Berita Dalam Negara & Nusantara arrow Hari Falak Negeri Melaka 2006 Tuesday, 02 December 2008  
Main Menu
Home
Fenomena
Projek dan Tip
Berita dan Isu
Maklumat
Pautan
Forum
Galeri Falak-Online
Buku Pelawat
Hubungi Saya
Peta Laman
50 Pos Terkini Forum
Di Sebalik Tabir
Media
Administrator
Siapa Online
Ketika ini terdapat 25 Guests and 0 Users online
Login Form
Welcome, Guest. Please login or register.
December 02, 2008, 04:12:10 AM
Username: Password:
Login with username, password and session length

Forgot your password?

Hari Falak Negeri Melaka 2006 PDF Print E-mail
Written by Shah   
Tuesday, 18 April 2006

Update 5 Mei 2006 

Jangan lupa esok, 6 Mei 2006 akan berlangsung Hari Falak/Astronomi Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Temuilah ahli ekspedisi NETT ke Turki untuk mencerap Gerhana Matahari Penuh baru-baru ini! Dan dapatkan rentetan pengalaman secara esklusif daripada mereka! Dan anda juga berpeluang untuk menyaksikan sisipan video ekspedisi NETT  Cool

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Negeri Melaka, akan mengadakan Hari Falak/Astronomi bagi tahun 2006, pada hari Sabtu (6 Mei 2006) bersamaan 8 Rabiul-Akhir 1427H.

Di antara acara-acara menarik yang akan diadakan ialah pertandingan mewarna (tadika), kuiz, pertandingan teknologi pelancaran roket serta sesi-sesi ceramah falak.

Yang paling menarik, yang saya sendiri tertunggu-tunggu ialah tayangan sulung  trailer Planetarium Al-Khawarizmi yang akan memulakan tayangannya dari jam 1 tgh sehingga jam 5 ptg. Berbekal teknologi digital yang canggih, saya amat galakkan anda semua untuk tidak melepaskan peluang ini!

Pameran-pameran turut diadakan di ruang legar balai cerap Al-Khawarizmi.

InsyaAllah seperti tahun-tahun sebelum ni, saya akan berada di sana sehingga ke malam untuk cerapan langit malam.

Maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Mufti Negeri Melaka di 06-284 7920/21 atau layari laman web Al-Khawarizmi .

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Sunday, 17 September 2006 )
 
< Prev   Next >

 

kembali ke atas

© 2008 Falak Online
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.