HARI INI! Siaran Langsung Gerhana Matahari Penuh 1 Ogos 2008
Written by Shah   
Wednesday, 30 July 2008

Update: 1 Ogos 2008

Jangan lupa petang nanti, pada jam 6.30 petang waktu Malaysia, siaran langsung menerusi internet fenomena Gerhana Penuh Matahari dari China!

******************

Original article

Ikuti siaran secara langsung menerusi internet, fenomena gerhana matahari penuh yang akan berlaku pada 1 Ogos 2008 (Jumaat) ini. Di antara laman-laman web yang menyiarkan siaran langsung, saya berpendapat laman Exploratorium merupakan yang terbaik sekali.

Menurut laman web tersebut, kumpulan mereka akan mencerap gerhana dari kawasan pendalaman Xinjiang Uygur, di Barat Laut China.

Siaran akan bermula pada jam 10:30-11:30 Universal Time (UT) atau bersamaan 6:30-7:30 Petang Waktu MALAYSIA pada hari Jumaat 1 Ogos ini.

Keliru dengan pertukaran waktu dunia? Klik

 

 Beberapa ahli forum Falak Online, seperti William & Kayzack, telah pun berada di sana untuk melakukan cerapan kali ini.

Jom Teropong Secara Online!

Comments
Add NewSearchRSS
Only registered users can write comments!

Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved.

Last Updated ( Friday, 01 August 2008 )