Dec
29

mySKY - Almanak Astronomi 2012

Tag: mysky, pengumuman, blog

Pada hari ini, saya dengan rendah diri ingin memperkenalkan mySKY, sebuah almanak fenomena astronomi, yang dibangunkan dengan niat untuk dijadikan sebagai sebuah rujukan utama untuk peminat-peminat astronomi tempatan dan nusantara. Lagi »

Jan
27

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (29 Jan - 4 Feb 2012)

Tag: mysky, blog

 

29 Jan - 4 Feb 2012

Sebelah Petang

Zuhrah

Planet yang paling cerah di langit ketika ini, Zuhrah terus menyinari langit senja. Kedudukannya kekal ke arah barat. Namun, bagi mereka yang bermata tajam, pasti akan dapat lihat bahawa ia sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke arah kanan (utara) dari kedudukan sehari sebelumnya. Lagi »

Jan
20

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (22-28 Jan 2012)

Tag: mysky, blog

 

22-28 Jan 2012

Sebelah Petang

Zuhrah

Zuhrah terus berada di ufuk barat, selepas Maghrib dan akan mudah kelihatan sehinggala ia terbenam sekitar jam 10 malam. Anda pasti tidak akan terkeliru dengan bintang-bintang lain kerana kecerahannya agak melampau.  Lagi »

Jan
13

Vodcast Episode 2 - Memburu Si Pemburu

Tag: vodcast, blog

Vodcast episode ke-2 bertajuk Memburu Si Pemburu. Memberi tips perihal mencari buruj Orion, bintang Sirius, Canopus dan Aldebaraan.

Jika video tak muncul, sila refresh page ini atau klik ke link YouTube Ini.

Jan
13

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (15-21 Jan 2012)

Tag: mysky, blog

 

Sebelah Petang

Zuhrah

Planet Zuhrah (Venus) terms menyinari terang di ufuk barat dan boleh kelihatan selepas Maghrib dan akan terbenam sekitar jam 10 malam. Jika anda mempunyai teleskop, gunalah peluang ini untuk melihat perubahan 'fasa' planet ini. 

Rujuk vodcast 1 : Menjejaki 2 Planet yang ada menceritakan berkenaan fasa planet Zuhrah.

  Lagi »

Jan
08

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini ( 8-15 Jan 2012)

Tag: mysky, blog

 

Zuhrah.

Planet Zuhrah akan terus berada di ufuk barat, dan juga merupakan objek malam yang paling cerah di langit selepas Bulan. Ketinggiannya akan konsisten semakin tinggi sepanjang minggu. Ini bermaksud, jika anda mencerapnya pada waktu yang sama sepanjang minggu, ia akan kelihatan semakin tinggi dan bergerak perlahan-lahan ke arah 'kanan' atau utara.

Musytari Lagi »

Jan
06

Vodcast Episode 1 - Menjejak 2 Planet

Tag: vodcast, blog

Jika video di bawah tak muncul, sila refresh page ini atau terus ke link YouTube ini.

Jan
06

Menanti saat-saat kejatuhan Phobos-Grunt

Tag: berita, misi angkasa, blog

Satelit malang, Phobos-Grunt, yang ketika ia dilancarkan, tersekat di dalam orbit Bumi, kini sedang perlahan-lahan jatuh kembali ke Bumi. Dijangkakan ia akan memasuki atmosfera bumi pada pertengahan Januari ini.

Satelit buatan Rusia ini dilancarkan pada bulan November tahun lepas, dengan membawa 1001 harapan baru di dalam usaha terbaru penjelahan ke persekitaran planet Marikh. Lebih tepat lagi ia fokus kepada bulan Phobos, salah sebuah daripada 2 buah satelit planet merah ini. Lagi »

Jan
05

Bulan dan Seven Sisters seiringan

Tag: himpunan planetari, blog

mySKY events 

Langit di kawasan berhampiran dengan buruj Orion sebenarnya dipenuhi dengan gugusan-gugusan bintang yang cantik-cantik. Gugusan yang saya maksudkan di sini ialah sekumpulan bintang-bintang yang berkerumun di dalam sebuah kumpulan yang padat.

Menerusi teleskop atau binokular, ada kalanya ia kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip yang berterbangan di angkasaraya. Lagi »

Jan
01

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (1-7 Jan 2012)

Tag: mysky, blog

 

Tahun baru 2012 ini bermula dengan Bulan memasuki fasa Suku Pertama atau First Quarter. Waktu paling tepat ketika ini berlaku ialah pada jam 2.14 PM waktu Malaysia. Namun, pada ketika itu Bulan belum lagi terbit. Apabila menjelang Maghrib dan sesudah kita dapat melihatnya dengan jelas di langiit, Bulan sudah pun melepasi sedikit daripada fasa itu.

Waktu ini sebenarnya adalah di antara waktu kegemaran saya mencerap Bulan kerana kita akan dapat lihat tepat waktu antara malam dan siang, sudut di mana matahari sedang terbit di permukaan matahari. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system

Navigation