Jika anda ternampak muka saya tengah TT (Teh Tarik) ni, bermakna anda telah selamat mengharungi 3 hari bumi tak jadi bergelap, dan tarikh 21hb Dis yang penuh tragis dan huru-hara (kononlah).

:-D

Nak ceritanya, Falak Online telah pun berpindah rumah. Bermula sekarang silalah kemaskini link ke WWW.FALAKONLINE.NET ,  tak perlulah letak apa-apa selepas tu, kerana ia akan redirect ke muka hadapan BARU yang sepatutnya.

Laman lama (yang anda lihat sekarang ni), InsyaAllah akan kekal untuk beberapa bulan mendatang. Ia akan menyenaraikan KESEMUA artikel lama saya di FO, bagi rujukan anda semua. Maka, kalau anda nak masih nak marah-marah kat saya berkenaan artikel "3 hari bergelap tu" , masih boleh berbuat demikian, saya terima dengan hati terbuka! :-)

Apa pun, InsyaAllah 2013 mendatang akan terdapat beberapa pembaharuan yang saya dan rakan-rakan Personaliti Astronomi lain usahakan, demi kemajuan bidang Astronomi di Malaysia.

Jom dan Selamat Datang Ke Tahun Baru 2013. 

Jemput masuk --->  WWW.FALAKONLINE.NET

 

Dec
21

15 (+1) perkara yang perlu tahu berkenaan Peta Bintang FO yang awesome itu, tapi malu nak bertanya pasal takut kena gelak

Tag: faq, blog

 

15 (+1) perkara yang perlu tahu berkenaan Peta Bintang FO yang awesome itu, tapi malu nak bertanya pasal takut kena gelak

 

Soalan 1: Guna perisian apa tu?

Jawapan: SkySafari Pro untuk OSX

 

Soalan 2: Boleh nampak dengan mata ke?

japan: Yes. 99% Peta Bintang tu adalah benda yang boleh nampak dengan mata. Yang selebih 1% tu kadang-kadang saya tunjuk apa yang boleh dilihat menerusi BInokular.

 

Soalan 3: Apa garis-garis biru tu?

Jawapan: Garis-garis biru tu menunjukkan bentuk atau corak buruj-buruj di langit.

 

Soalan 5: Ada kadang-kadang kat peta tu, ada macam bentuk jalur awan yang melintang sana sini.. tu apa ek?

Jawapan: Itulah kawasan di mana jaluran Bima Sakti merentasi di langit. Kalau ambik gambar wide angle guna DSLR, InsyaAllah boleh nampak banyak bintang kat situ.

 

Soalan 6: Apa yang tertulis "E" la, "SW" la, yang dekat belah bawah peta tu?

Jawapan: Itulah arah mata angin. E tu rujuk kepada East. SW merujuk kepada South-West dan sebagainya.

 

Soalan 7: Kadang-kadang ada garisan anak panah yang dilukis dari satu objek ke satu objek. Apa maksudnya tu?

Jawapan: Itu maksudnya suruh ikut satu per satu penerangan yang datang sekali dengan peta tu. Jangan main serbu masuk je. Kalau anak panah suruh naik atas, ikut dan naik ke atas.. jangan corner tempat lain pulak.

 

Soalan 8: Arah mana nak tengok ye?

Jawapan: Tengok je arahan yang tertulis kat bawah tu, Kalau dia tulis "pandang TIMUR", maka pandanglah arah Timur! Kan sonang tu…

 

Soalan 9: Bila masa nak tengok seperti dalam peta tu?

Jawapan: Memang dah tertulis kat bawah peta tu, siap dengan tarikh dan waktu sekali. Ikut je panduan tu.

 

Soalan 10: Kalau saya kat Kampung Sungai Kembung Hilir, boleh nampak ke apa yang nampak dalam peta tu?

Jawapan: Yes, apa yang tertera kat peta tu, memang boleh nampak lebih kurang sama je di mana-mana kat Malaysia, Singapura dan sebahagian besar Indonesia (seperti Sumatera, Jawa, Kalimantan).

 

Soalan 11: Waktunya sama ke? Kan lain-lain tempat tu!

Jawapan: Memang saya dah standardkan waktu dalam peta tu sesuai digunakan di lokasi-lokasi di atas. Tu sebab saya buat, sebagai contoh, "30 minit SELEPAS Maghrib", maknanya sila lihat langit 30 minit selepas Maghrib ikut kawasan masing-masing.

 

Soalan 12: Waktu maghrib di Semanjung kan lain dengan Sabah dan Sarawak. Camne tu?

Jawapan: Tu sebabnya ikut standard format waktu yang saya bagi tu, InsyaAllah sama je di mana jua anda berada.

 

Soalan 13: Kenapa gambar bulan dalam peta tu, bulat je.. bukan ke bulan ada bentuk… tipu ek?

Jawapan: Peta tu diambil dari perisian SkySafari dan medan penglihatannya telah di-set agak luas, maka software tu tak akan tunjuk fasa bulan tu. Tapi bila zoom ke bulan memang nampak le. Tak baik tuduh saya tipu..kecik hati..

 

Soalan 14: Kenapa bintang dalam peta tu besar, tapi bila tengok kat langit kecik je?

Jawapan: Dalam peta tu, lebih 'besar' bintang tu, ia sebenarnya menunjukkan lebih terang bintang tu di langit. Ia tidak ada kena mengena dengan 'saiz' bintang, ye.

 

Soalan 15: Eh, kenapa saya kira ada 14 soalan je, tapi sekarang dah soalan ke-15?

Jawapan: Salah taip, tertinggal soalan 4…. malas nak edit satu-satu balik… huhuhuhu..

 

Soalan Bonus: Kenapa tak letak kedudukan planet Nibiru? Kan dah muncul sekarang!

Jawapan Bonus: *(*#)*#^(#^(*&#$^&^%(@&^(@

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system