Sedikit coretan portfolio dan pengenalan diri saya, bagi pengunjung yang ingin mengenali lebih dekat.
Nama sebenarnya ialah Shahrin Bin Haji Ahmad, tetapi dalam dunia maya ni , orang selalu panggil Shah aje.
Saya mula berjinak-jinak dengan hobi Astronomi ini sejak di bangku sekolah rendah lagi, sekitar tahun 1984. Jadi bolehlah bukak Calculator kira berapa lama bergelumang dalam dunia ini! Dan Alhamdulillah, Allah SWT masih menganugerahkan kekuatan dan minat untuk terus bergelumang sehingga ke hari ini.
Penglibatan saya dalam Astronomi lebih menjurus kepada hobi sahaja. Kadang-kadang ada terlintas untuk menjadikannya sebagai satu karier atau pekerjaan,tetapi lepas fikir punya fikir punya fikir, biarkannya sebagai hobi aje lah, lebih menyeronokkan dan lebih puas hati. Tapi di masa hadapan, wallahualam...
Secara profesion atau latar belakang skil, saya adalah seorang jurutera perisian dan telah terlibat di dalam industri IT sejak tahun 1998. Pengalaman saya meliputi industri perkomputeran seperti building automation, software development dan menjadi pengurus projek pembangunan dan penyelidikan
Saya juga ialah Pengarah Urusan syarikat Equatorial Sky Innovations Sdn Bhd, yang fokus kepada penyelidikan dan pembangunan sistem perisian dan perkakasan instrumentasi astronomi. Saya merupakan sebahagian daripada developer ASCOM (Standard for Astronomy) iaitu sebuah kumpulan pembangun perisian antarabangsa yang menyediakan satu platform khas untuk proses integrasi di antara peralatan dan perisian astronomi
Ditemani hidup oleh seorang isteri, Mardiana Sulaiman, 2 orang puteri Nur Alliya Sorfina & Nur Amyra Sorfina dan seorang putera Ikhwan Syahmi.
Dan segumpal wayar dan kabel elektrik, audio dan video.
Ruang lingkup minat dalam hobi ini menjurus kepada
Cerapan secara visual dan sekarang menggunakan Video
Pengaturcaraan - bangunkan perisian Astronomi
Animasi fenomena alam semesta dalam bentuk 3D
Bercita-cita untuk membuat teleskop jenis Truss Tube Dobsonian, lengkap dengan motor penggerak dan berkomputer. Senang di bawa (mobiliti amat penting) dan harus boleh menjejak (tracking) objek-objek samawi.
Senarai aktiviti yang saya pernah sertai dan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
1984:
Mula minat dengan astronomi selepas tengok cerita Battelstar Galactica (original version) di TV. ;-)
1997-1998
Aktif bersama Astronomy Interest Group Putra (UPM) dibawah kendalian Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab
1998:
Mencerap Gerhana Matahari Cincin (Annular) di Pulau Aur bersama-sama dengan team dari Malaysian Nature Society (Ogos 1998)
Mula wujudkan komuniti peminat astronomi menerusi email (mailing list yahoogroups) iaitu Falak-Net
1999
Mula bangunkan komuniti peminat astronomi di internet, dengan menubuhkan laman web Falak Online
2000:
Dilantik menjadi koordinator Astronomy Group bagi Malaysian Nature Society cawangan Selangor.
2003
Syarahan umum dan Sesi Cerapan Bintang anjuran Astronomy Interest Group Putra (AIG) UPM pada 14 Feb 2003
2004
Membentang Kertas Kerja - Video Astronomi : Suatu Revolusi, sempena Seminar Teleskop 2004 anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) - 28 Dis 2004
2005:
Mengikuti seminar Munaqasyah Falak - Pengkisahan Tokoh Falak Al-Marhum Haji Mohd Khair Haji Mohd Taib di Ipoh, Perak pada 23 April 2005.
Mengikuti Kursus Rubu' Mujayyab di Balaicerap Al-Khawarzimi, Melaka pada 24-26 Jun 2005
Membentang Kertas Kerja - Pengalaman Mencerap Cakerawala di Malaysia , sempena Konvensyen Falak Negeri Selangor di Muzium Kesenian Islam Selangor di Shah Alam pada 24-25 Sep 2005
2006:
Membentang Kertas Kerja - Video Astronomy, di Konvensyen Astronomi USM, Pulau Pinang.
Penceramah sempena Malaysian Nature Society (MNS) Raptor Watch Week di Ilham Resort, Port Dickson pada 4 Mac 2006.
Syarahan umum dan sesi cerapan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 18 Mac 2006.
Syarahan Umum sempena Hari Astronomi Sekolah Kebangsaan Janda Baik, anjuran USM Astronomy Club pada 20 Mei 2006.
Syarahan umum dan sesi cerapan di Petronas Refinery Melaka, 30 Jun 2006
Ahli Panel National Eclipse Tracking Team (NETT) untuk tajuk Catatan Pengembaraan Gerhana di Turki - di Konvensyen Falak Selangor 2006 anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Selangor di KUIS, Bangi pada 15-16 Julai 2006.
Syarahan umum - Video Astronomi - sempena Wacana Falak di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya anjuran Lajnah Falak, Akademi Pengajian Islam, UM pada 15 Sep 2006
2007:
Sesi cerapan fenomena Istiqbal Planet Zuhal di Balai cerap Fizik Angkasa, Universiti Malaya pada 10 Feb 2007.
Syarahan umum - Ekspedisi NETT mencerap Gerhana Matahari di Turki, sempena Seminar Kefahaman Asas Falak anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Sembilan di Ristec Beach Resort, Port Dickson, pada 28 Feb 2007
Cerapan Gerhana Penuh Matahari di Pantai Kelanang (4 Mac)
Buka gerai FalakOnline di Majlis Ijtima' Ulama Pondok Senunsantara ke-2 di Yayasan Al-Jenderami, Dengkil pada 13-14 April 2007.
Membentang Kertas Kerja - Memasyarakatkan Astronomi : Peranan Astronomi Amatur, di Seminar Falak Peringkat Kebangsaan di UDM, Terengganu pada 30 April 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
Syarahan umum - Introduction to Astronomy - anjuran IIUM Protem Astronomy Club, Kulliyyah of Engineering, International Islamic University Malaysia pada 26 Mei 2007.
Syarahan umum Astronomi anjuran PROSTAR di Medan MARA, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2007.
Sesi cerapan fenomena Istiqbal Planet Musytari di Balai cerap Fizik Angkasa, Universiti Malaya pada 6 Jun 2007.
Sesi syarahan umum Astronomi bersama para pelajar Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Perak (PESDC) di Ipoh, sempena Aktiviti Remaja Merentas Angkasa anjuran bersama Pusat Khidmat PROSTAR KL pada 9 Jun 2007.
Membentang Kerta Kerja - Potensi Astronomi Amatur di Malaysia - di Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia di UNITEN, Bangi, pada 13-14 Julai 2007.
Sesi syarahan umum di Sekolah Rendah Agama Kg.Melayu Ampang, sempena Hari Kantin & Malam Jelajah Angkasa 2007 pada 28 Julai 2007.
Sesi syarahan umum Astronomi di PESDEC, Ipoh dan Masjid Tronoh, anjuran Imma Consultants pada 11 Ogos 2007.
Sesi syarahan umum dan cerapan di Masjid Pandah Indah, Kuala Lumpur anjuran Kelab Remaja JIM (KRJ) Kelana Jaya, pada 22 Ogos 2007
Membentang kertas kerja "The Future of Astronomy" sempena Workshop Youth For Space: The Next 50 Years di ILKAP, Bangi anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) pada 8-9 Sep 2007
Mengelolakan aktiviti cerapan Meteor Geminids di Ulu Yam untuk ahli-ahli FalakOnline, pada 14 Disember 2007.
2008:
Penceramah Bengkel Astronomi dan Cerapan Bintang 2008 anjuran Kelab Fizik Universiti Putra Malaysia pada 6 Jan 2008.
Sesi syarahan umum dan cerapan di Sekolah Bistari, USJ 5, Subang Jaya pada 22 Feb 2008.
Membentang Kertas Kerja – Perkembangan Dalam Dunia Teleskop - di Seminar Pendedahan Dunia Astronomi anjuran Kelab Astronomi IIUM pada 23-24 Feb 2008.
Ahli seminar Malaysia International Year of Astronomy anjuran ANGKASA bertempat di Hotel Equatorial Bangi, Selangor pada 1 Mac 2008
Moderator Sesi Syarahan Umum sempena Hari Falak Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada 10-11 Mei 2008
Terlibat di Sesi Cerapan Malam anjuran ANGKASA di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2008
Kerjasama bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan menganjurkan Pertandingan Astrofotgrafi sempena Konvensyen Falak Negeri Sembilan di Masjid Sikamat,Seremban, Negeri Sembilan pada 16-18 Mei 2008
Penceramah Sesi Cerapan Umum sempena Konvensyen Falak Negeri Selangor 2008 di SIRIM, Shah Alam pada 19 Julai 2008
Penceramah Jemputan dan Sesi Cerapan Umum sempena Program Pendedahan Astronomi anjuran Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1 di Bandar Sri Damansara pada 25 Julai 2008
Penganjur aktiviti Cerapan dan Astrofotografi Falak Online di Empangan Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 9 Ogos 2008.
Sesi Stargazing sempena aktiviti Astronomy Discourse anjuran Kelab Astronomi IIUM di IIUM, Gombak pada 15 Ogos 2008
Menjalankan Aktiviti Cerapan Umum Gerhana Bulan Separa,mengadakan Live Web Telecast dan Ceramah Umum Gerhana Matahari 2006 dan Persediaan untuk Gerhana Matahari 2009 anjuran ANGKASA di Planetarium Negara pada 16-17 Ogos 2008
Penceramah dan Sesi Cerapan Umum bersempena aktiviti Program Pendedahan Astronomi anjuran Rukun Tetangga Apartmen Harmoni, Damansara Damai pada 17 Ogos 2008
Penceramah Jemputan pembentangan kertas kerja bertajuk "Teknologi Teleskop" dan Talk-Show Malam Cerapan sempena Konvensyen dan Ekspo Astronomi 2008 anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim pada 11-12 Okt 2008.
Penceramah Jemputan sempena Konvensyen Falak Kuala Lumpur 2008 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 25 Okt 2008.
Pengajur bersama serta penceramah jemputan (sesi kertas kerja dan talk-show cerapan) sempena Seminar Pendedahan Ilmu Falak & Astronomi Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Selangor pada 8 Nov 2008 di Anggerik Mall, Shah Alam.
Penganjur Program Cerapan Juraian Meteor Geminids di Pantai Kelanang, Banting pada 13-14 Disember 2008.
Penceramah Jemputan untuk sesi Talk-Show Cerapan Malam dan Pameran Falak Online sempena Konvensyen Falak Negeri Pahang, di KIPSAS, Kuantan anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 22-23 Disember 2008.
Sesi Astrofotografi untuk ahli Falak Online di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu pada 24 Disember 2008.
2009:
Penceramah jemputan dan Aktiviti Cerapan bersama-sama pelajar-pelajar sekolah Negeri Sembilan di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri, Teluk Kemang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus pada 14-15 Jan 2009.
Penceramah jemputan dan Aktiviti Cerapan untuk Falak Outreach Services, di bawah anjuran PROSTAR Kuala Lumpur di Masjid Al-Iklasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur pada 17 Jan 2009
Membantu mengesahkan arah kiblat menggunakan kaedah dan utiliti dari web KUSZA untuk pejabat urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd di Kota Damansara pada 22 Jan 2009
Menyertai rombongan pasukan Malaysia, NETT (National Eclipse Tracker Team) ke Anyer, Indonesia untuk cerapan Gerhana Matahari Cincin pada 26 Jan 2009
Membentang kertas kerja - Muslim's Discovery - Exploration to Outer Space - serta menjadi ahli panel Forum Astronomy Outreach Program, sempena aktiviti NITROS anjuran Kelab Astronomi UIAM, Gombak pada 30 Jan - 1 Feb 2009
Tenaga pengajar bagi Kelas Falak UIAM, anjuran Kelab Astronomi UIAM, selama 5 siri kelas bermula dari 13 Feb hingga 14 Mac 2009
Penceramah jemputan untuk sesi Pengenalan Dunia Astronomi bagi pengunjung PKNS Bangi, pada 14 Feb 2009
Penceramah jemputan untuk sesi Cerapan dan Stargazing di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya pada 6 Mac 2009
Penceramah jemputan untuk sesi Pengenalan Astronomi dan Falak di SMK Seksyen 16, Shah Alam, pada 10 Mac 2009
Penceramah jemputan untuk Sesi Astronomi sempena MNS Raptor Watch anjuran Malaysian Nature Society di Eagle Ranch, Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 13 Mac 2009
Sesi pencerapan di Pantai Mek Mas, bersama ahli-ahli Falak Online dan Dr. Rowi pada 20 hingga 22 Mac 2009
Penceramah dan Tenaga Pengajar jemputan untuk aktiviti 100 Hours of Astronomi peringkat Kebangsaan anjuran UiTM Arau, Perlis pada 2 hingga 5 April 2009
Penceramah jemputan Stargazing Night, anjuran Kelab Rekreasi Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia, di Kelab Golf UPM pada 10 April 2009
Penceramah Jemputan untuk Aktiviti Malam Jelajah Angkasa, anjuran KAFA Integrasi Al-Irshad di Masjid Al-Ubudiah, Tasek Tambahan, Ampang pada 11 April 2009
Penceramah jemputan untuk Bengkel Astronomi anjuran Kelab Astronomi UPSI di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 12 April 2009
Penceramah jemputan Astronomy Talk Show di Khalifah Model School, Ampang anjuran The Signs Lab pada 17 April 2009
Penceramah jemputan sesi Pengenalan Astronomi dan Malam Cerapan di Sekolah Menengah Agama Al-KHairiah, Temerloh, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 29 April 2009
Penceramah jemputan di Masjid Ar-Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Perak pada 2 Mei 2009
Penceramah jemputan pada sesi cerapan malam di Hari Falak Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada 8 Mei 2009
Program cerapan di Konvensyen Falak Negeri Sembilan di SMKA Sheikh Haji Mohd Said pada 9 Mei 2009
Mengikuti cerapan umum OzSky Star Party di Coonabarabran, Australia dan South Pacific Star Party di Wiruna, Australia pada 19-25 Mei 2009
Penceramah jemputan di Konvensyen Falak Kuala Lumpur di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Manjalara, Kepong. Anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada 27 Jun 2009
Penceramah jemputan di Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2009 dengan membawa tajuk "Jalan Menuju Gerhana Matahari 2009" anjuran Jabatan Mufti Pulau Pinang di USM pada 4 Julai 2009
Penceramah jemputan di Konvensyen Falak Negeri Selangor 2009 di SIRIM Shah Alam, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan membawa tajuk "Pengalaman NETT menjejaki Gerhana Matahari di China" pada 1 Ogos 2009
Penceramah jemputan Astronomy Talk Show di Khalifah Model School, Ampang anjuran The Signs Lab pada 7 Ogos 2009
Penceramah jemputan sempena perlancaran Kelab Astronomi Sekolah Menengah Methodist(L) Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2009
Menyertai program cerapan Oposisi Planet Musytari anjuran Makmal Fizik Angkasa, Universiti Malaya pada 14 Ogos 2009
Penceramah jemputan dan program cerapan Ramadhan di Masjid Bandar Sri Damansara pada 5 Sep 2009
Penceramah jemputan dan program cerapan Ramadhan di Masjid Pulau Indah, Kelang pada 14 Sep 2009
Penceramah jemputan di Konvensyen Astronomi Peringkat Negeri Perak di UPSI, Tanjung Malim pada 10-11 Okt 2009
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di MRSM Serting, Negeri Sembilan, sempena aktiviti MARA intensive gifted & talented youth (MIGTY) pada 24 Okt 2009
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Tadika IIUM Montesori Subang, pada 30 Okt 2009
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Putrajaya Wet Land bersama Signs Lab, sempena aktiviti perkhemahan pelajar PMR pada 31 Okt 2009
Peserta Seminar Islamic Astronomy bersama Prof.David A. King di INSTUN, Tanjung Malim pada 3-5 Nov 2009
Mengendalikan sesi tutorial Astronomi untuk Kelab Astronomi SMA Sheikh Ahmad Said, Seremban pada 9 Okt 2009
Pembentang kertas kerja "Pengalaman Mencerap Gerhana di China" dan Penceramah Talk-Show "Pengembaraan Langit Malam" di MAHAAD Pusat Bandar Jengka sempena Konvensyen Falak Negeri Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, pada 12 Nov 2009
Penceramah jemputan Program Kem Sains di Glory Beach Resort, Negeri Sembilan bersama-sama dengan Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 21-23 Nov 2009
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Surau Bangi Perdana sempena Kem Ibadah Remaja pada 2 Disember 2009
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Nur Lembah Pansung, Hulu Langat anjuran Galeri Ilmu Sdn Bhd sempena Kem Solat ASUH pada 8 Disember 2009
Penceramah jemputan membentang kertas kerja bertajuk "Astronomy Technology Today, Unlimited Possibilities Tomorrow" sempena Islamic Science and Technology anjuran UIAM PJ pada 28 Disember 2009
2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan malam di Universiti Islam Antarabangsa, PJ pada 6 Jan 2010
Terlibat di dalam program pencerapan Gerhana Matahari Separa bersama-sama dengan Planetarium Negara di Pekan Rabu, Langkawi pada 15 Jan 2010
Mengendalikan sesi tutorial Astronomi (siri 3) untuk Kelab Astronomi SMA Sheikh Ahmad Said, Seremban pada 27 Jan 2010
Sesi cerapan di Balaicerap Universiti Malaya untuk fenomena Istiqbal Marikh pada 29 Jan 2010
Sesi pameran Astronomi di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara bersempena Mini Ekspo MAM pada 30 Jan 2010
Penceramah jemputan untuk aktiviti Raptor Watch anjuran Malaysian Nature Society di Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 12 Mac 2010
Penceramah jemputan Majlis Cerapan sempena Maulidurasul anjuran Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam pada 26 Mac 2010
Penceramah jemputan Sesi Cerapan sempena Seminar Falak Syarie Moden anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan UiTM Arau, di UiTM Arau pada 31 Mac 2010
Penceramah jemputan Sesi Cerapan di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 April 2010
Penceramah jemputan "Contemplating the Signs of Allah through Astronomy", anjuran Development Division, International Islamic University Malaysia, Gombak pada 13 April 2010
Penceramah jemputan Karnival Falak di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang anjuran bersama Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 17 April 2010
Penceramah jemputan Malam Cerapan Astronomi anjuran Sekolah Kebangsaan Prescint 16 (2) Putrajaya pada 23 April 2010
Penceramah jemputan Eksplorasi Angkasa sempena Seminar Falak Selangor, anjuran Jabatan Mufti Selangor dan Lembaga Zakat Selangor di UNISEL pada 24 April 2010
Penceramah jemputan Sesi Pengenalan Alam Semesta di SMK Vivekananda, Brickfield, KL pada 5 Mei 2010
Penceramah jemputan Sesi Cerapan Malam di Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 5 Mei 2010 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang
Penceramah jemputan Sesi Cerapan Malam sempena Hari Falak Negeri Melaka 2010 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara pada 22 Mei 2010
Penceramah jemputan sesi Astronomi sempena Kem Ibadah Jamiyah Singapura di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka pada 19-20 Julai 2010
Penceramah jemputan sesi Explorasi Alam Semesta sempena Perkhemahan ICT di Machang, Kelantan pada 25 Jun 2010.
Penceramah jemputan sesi Astronomi dan Cerapan di Surau Al-Firdaus, Taman Banting Baru, Banting pada 27 Jun 2010.
Penceramah jemputan di SMK Segambut Jaya, sempena program Isra' Mikraj pada 30 Jun 2010
Penceramah jemputan slot Astronomi sempena aktiviti perkhemahan pelajar sekolah menengah anjuran Putrajaya Wetland, bersama-sama dengan Signs Lab pada 2 Julai 2010
Penceramah jemputan untuk aktiviti bersama orang asli di Baling Kedah, pada 10-11 Julai 2010
Penceramah jemputan untuk sesi pengenalan Astronomi dan Cerapan Malam anjuran Kolej Matrikulasi Selangor pada 15 Julai 2010
Penceramah jemputan untuk sesi Astronomi di Surau Al-Amin, Setapak Indah pada 17 Julai 2010
Penceramah jemputan sesi Pengenalan Alam Semesta anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Dewan Sivik MBPJ pada 23 Julai 2010
Penceramah jemputan untuk sesi Pengenalan Astronomi dan Cerapan Langit Malam untuk para pelajar Sekolah Menengah Sri Tanjung, Melaka, anjuran Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada 7 Ogos 2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan untuk aktiviti Malam Meneropong Bulan anjuran Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 21 Ogos 2010
Penceramah jemputan untuk program Pengenalan Astronomi anjuran Kelab Astronomi Kolej Matrikulasi Kedah, di Kulim pada 24 Sep 2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kuala Lipis, anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 25 Sep 2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kolej MARA Beranang pada 29 Sep 2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Bagan Lalang anjuran Malaysian Nature Society pada 2 Okt 2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka, anjuran Kelab Geomatik UiTM, Shah Alam pada 9 Okt 2010
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di MRSM Serting, Negeri Sembilan pada 23 Okt 2010
Penceramah jemputan di Planetarium Negara, sempena ijtimak Kelab-Kelab Falak Kuala Lumpur, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 4 Nov 2010
Sesi Cerapan Awam di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur anjuran Planetarium Negara pada 20 Nov 2010
Peserta dan penceramah terjun kursus Astrofotografi The World At Night (TWAN) anjuran Planetarium Negara pada 4-5 Disember 2010
2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Management and Science University, Shah Alam, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang pada 15 Jan 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor pada 26 Jan 2011
Penganjur aktiviti Program Realiti Menjejak Bintang Musim ke-2, di Pantai Mek Mas, Kelantan pada 1-5 Feb 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Masjid Jugra, Banting ,Selangor pada 9 Feb 2011
Peserta jemputan sesi cerapan program Jom Teropong Angkasa, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor di Dataran Shah Alam, pada 19 Feb 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan Program Kemahiran Falak, anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban pada 25-27 Feb 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di SMK Seri Ampangan, Seremban pada 11 Mac 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan sempena Perkhemahan Perdana Falak Negeri Sembilan, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 26 Mac 2011
Peserta sesi cerapan awan sempena istiqbal Zuhal di Balaicerap Universiti Malaya pada 3 Apr 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Jerantut, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 23 Apr 2011
Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Sekolah Darul Muhibbin, Taman Seri Keramat, KL anjuran The Signs Lab pada 29 Apr 2011
Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan sempena Kem Astronomi 2011 Peringkat negeri Kelantan anjuran Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM) Kerajaan Negeri Kelantan & Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada 5-7 Mei 2011
Penceramah jemputan sempena Hari Falak Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, pada 21 Mei 2011
Penceramah jemputan di SK Sg Buaya, Banting sempena aktiviti Kem Cuti Sekolah pada 28 Mei 2011
Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan Malam sempena Program anjuran Malaysian Nature Society di Kerteh, Terengganu pada 3 Jun 2011
Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan Malam sempena Program Astronomi di SMKA Tengku Ampuan Afzan, Jerantut, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 17 Jun 2011
Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan Malam sempena Program Astronomi di SMA Chenor, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 25 Jun 2011
Ahli Panel forum Israk Mikraj - Antara Islam dan Sains, anjuran Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa pada 30 Jun 2011