Jika anda ternampak muka saya tengah TT (Teh Tarik) ni, bermakna anda telah selamat mengharungi 3 hari bumi tak jadi bergelap, dan tarikh 21hb Dis yang penuh tragis dan huru-hara (kononlah).

:-D

Nak ceritanya, Falak Online telah pun berpindah rumah. Bermula sekarang silalah kemaskini link ke WWW.FALAKONLINE.NET ,  tak perlulah letak apa-apa selepas tu, kerana ia akan redirect ke muka hadapan BARU yang sepatutnya.

Laman lama (yang anda lihat sekarang ni), InsyaAllah akan kekal untuk beberapa bulan mendatang. Ia akan menyenaraikan KESEMUA artikel lama saya di FO, bagi rujukan anda semua. Maka, kalau anda nak masih nak marah-marah kat saya berkenaan artikel "3 hari bergelap tu" , masih boleh berbuat demikian, saya terima dengan hati terbuka! :-)

Apa pun, InsyaAllah 2013 mendatang akan terdapat beberapa pembaharuan yang saya dan rakan-rakan Personaliti Astronomi lain usahakan, demi kemajuan bidang Astronomi di Malaysia.

Jom dan Selamat Datang Ke Tahun Baru 2013. 

Jemput masuk --->  WWW.FALAKONLINE.NET

 

Dec
18

Adakah Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi akan sejajar 21 Disember 2012 ni?

Tag: 2012, blog

Adakah Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi akan sejajar 21 Disember 2012 ni?

NOPE! No such thing!

Malah, kalau kita periksa dan kira kedudukan Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi pada tarikh atas, Matahari akan berada hampir 6 darjah JAUH dari titik Pusat Galaksi.

 

6 Darjah tu = 12 KALI Diameter Matahari (bila kita lihat matahari di langit).

Kalau sejajar, dah pasti ia TEPAT berada 0 Darjah dari Titik Pusat Galaksi tu.

 

Soalan: Tapi, itu kira dekat lah tu! Memang boleh dikira SEJAJAR!

Persoalan saya nak tanya balik, BETUL KE TEPAT?

Jom tengok kiraan yang saya buat di bawah terhadap TUJUH Tarikh 21 Disember yang berlainan TAHUN.

21 Disember 2000

21 Disember 2012

21 Disember 2020

21 Disember 2050

21 Disember 2100

21 Disember 2170

21 Disember 2200

 

Sebelum itu, titik Pusat Galaksi kita sekarang DIPERCAYAI pada koordinat R.A. 17h 45m 40.04s dan DEC -29d 00m 28.1s, di antara buruj Sagittarius dan Scorpius.

Kenapa saya kata DIPERCAYAI? Ini adalah kerana kita tidak dapat tahu lokasi sebenar kerana kawasan langit yang menghadap ke ARAH Pusat Galaksi kita ni selaputi debu. Maka, kita tidak akan dapat melihatnya menggunakan teleskop biasa.

Berbalik kepada isu PENJAJARAN tadi....

Saya mengira 2 sumber kiraan.

1. Koordinat Matahari menggunakan perisian SkySafari Pro

2. Kiraan jarak antara Pusat Galaksi dan Koordinat Matahari (yang dipanggil Angular Separation) di buat menerusi Utiliti Web INI.

Kalau nak double-check dengan perisian lain seperti Starry Night, Stellarium dan lain-lain saya persilakan.

 

Di bawah ialah hasil kiraan yang dah dibuat. Perhatikan sudut darjah antara Matahari dan Pusat Galaksi tu.

 

Tarikh

Koordinat Matahari

Jarak antara Matahari dan Pusat Galaksi

21 Dis 2000

17h 55m 57.91s

-23d 26m 00.0s

6.03 darjah

21 Dis 2012

17h 55m 38.87s

-23d 25m 52.4s

6.01 darjah

21 Dis 2020

17h 55m 24.64s

-23d 25m 48.6s

5.99 darjah

21 Dis 2050

17h 52m 19.82s

-23d 25m 06.0s

5.78 darjah

21 Dis 2100

17h 48m 41.79s

-23d 23m 53.3s

5.65 darjah

21 Dis 2170

17h 44m 29.03s

-23d 21m 59.9s

5.64 darjah

21 Dis 2200

17h 41.24.49s

-23d 20m 31.1s

5.75 darjah

 

Jelas, sehingga tahun 2200 pun, matahari TIDAK AKAN SEJAJAR dengan Pusat Galaksi. Malah ia TIDAK akan berada kurang dari 5.5 darjah pun dari Pusat Galaksi. MALAH, menjelang tahun 2200 ia mula MENJAUHI titik Pusat Galaksi kita.

Maka, saya soal kembali kepada anda yang mengatakan ia akan SEJAJAR, bila pulak ia akan berlaku? 

Di bawah ialah screenshot bagi SETIAP KIRAAN yang saya buat di atas. Screenshot pertama ialah pada Utiliti Laman Web untuk mengira jarak antara 2 objek di langit, manakala screenshot kedua di bawahnya ialah dari perisian SkySafari Pro, yang menunjukkan kedudukan Matahari pada tarikh 21 Disember bagi tahun-tahun yang dikira tadi.

Perhatikan juga garisan melintang WARNA HIJAU tu menunjukkan kedudukan Pusat Galaksi Bima Sakti kita.

 

 

21 Dis 2000

17h 55m 57.91s

-23d 26m 00.0s

6.03 darjah

 

 

21 Dis 2012

17h 55m 38.87s

-23d 25m 52.4s

6.01 darjah

 

 

21 Dis 2020

17h 55m 24.64s

-23d 25m 48.6s

5.99 darjah

 

 

 

21 Dis 2050

17h 52m 19.82s

-23d 25m 06.0s

5.78 darjah

 

 

21 Dis 2100

17h 48m 41.79s

-23d 23m 53.3s

5.65 darjah

 

 

21 Dis 2170

17h 44m 29.03s

-23d 21m 59.9s

5.64 darjah

 

 

 

21 Dis 2200

17h 41.24.49s

-23d 20m 31.1s

5.75 darjah

 

Maka, jelaslah di sini, TIADA PENJAJARAN yang akan berlaku. Malah tarikh 21 Disember itu pun sebenarnya jatuh kepada waktu Soltis Musim Sejuk yang berlaku tiap-tiap tahun. Jadi, kenapa sekarang tiba-tiba tahun 2012 ni kelam kabut tak tentu pasal?

Jom belajar berilmu!

Wallahualam

Rujukan lain:

http://www.falak-online.net/portalfalak/forum-kiamat-2012-anjuran-baitul...

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system