asteroid

Feb
01

Asteroid Eros dirakam - 4 jam selepas ia berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi

Tag: asteroid, blog

Alhamdulillah sekali lagi saya sempat merakam lintasan asteroid 433 Eros pada tengahari tadi menerusi teleskop yang disewa di Sepanyol. Namun, saya terlepas 4 jam daripada saat dan ketika asteroid ini berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi.

Video dibawah diambil pada jam 3 pagi waktu tempatan di Sepanyol, bersamaan 11 pagi waktu Malaysia. Rakaman kali ini lebih panjang, iaitu hampir 30 minit, dengan setiap frame diset waktu dedahan selama 60 saat.

Maklumat terperinci adalah seperti berikut: Lagi »

Jan
30

Pergerakan laju asteroid 433 Eros berjaya dirakam

Tag: asteroid, blog

Asteroid 433 Eros merupakan near-earth asteroid yang pertama ditemui pada tahun 1898. Ia merupakan asteroid yang penuh sejarah kerana selain daripada di atas, ia juga melakar nama pada tahun 2000 dan 2001 apabila kapal angkasa NASA bernama NEAR-Shoemaker memasuki orbitnya dan mendarat di atas permukaannya!

(Foto di atas merupakan salah satu daripada rakaman tersebut. Credit NASA)

Kini, ia sedang melintasi hampir dengan Bumi. Pada 31 Jan 2012 nanti, ia akan berada pada titik paling hampir, iaitu pada jarak 70 kali jarak bulan. Agak jauh tu, dan tidak perlu panik! Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system