astrofotografi

Mar
15

Kompilasi foto himpunan Zuhrah dan Musytari

Tag: astrofotografi, himpunan planetari, blog

Planet Zuhrah dan Musytari yang mendominasi langit sebelah petang sejak sekian lama ini, sudah pun sampai puncaknya semalam (14 Mac 2012), yang mana pada tarikh tersebut merupakan tarikh ketika kedua-dua planet ini kelihatan paling hampir di antara satu sama lain di langit.

Namun cuaca sejak beberapa minggu ini begitu mencemburui pencerap langit di sekitar Asia Tenggara, dengan hujan di sebelah petang dan malam, serta awan tebal yang sentiasa menyelubungi langit. Lagi »

Mar
12

Zuhrah dan Musytari semakin hampir!

Tag: astrofotografi, jom teropong, blog

Foto yang diambil petang semalam. Jelas kelihatan Musytari semakin menghampiri Zuhrah. Tinjauan dengan mata menunjukkan kedua-dua objek ini memang cukup menarik dan amat mudah menarik perhatian sesiapa pun.

Cuaca yang tidak menentu di seluruh Malaysia sekarang agak menyukarkan kita melihat perubahan posisinya setiap hari. Namun, saya syorkan, walaupun nampak tidak jelas dek awan, anda patut tengok juga dan jangan lepaskan peluang ini. Lagi »

Feb
20

Rantaian Galaksi pada jarak 70 juta tahun cahaya

Tag: astrofotografi, blog

Foto ini menunjukkan sebuah kumpulan rantaian galaksi yang digelar sebagai Markarian's Chain. Ia diberi nama tersebut bersempena dengan nama seorang astrofizik Armenia, iaitu B.E. Markarian. Pada tahun 1960an, beliau telah mendapati rantaian galaksi ini bergerak seiringan merentasi angkasa lepas. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system