gerhana bulan

Dec
12

Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh dari Teluk Kemang

Tag: astrofotografi, gerhana bulan, blog

Ini merupakan set lengkap fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh yang berjaya dirakam dari perkarangan Kompleks Baitul Hilal Negeri Sembilan, di Teluk Kemang.

Kombinasi cuaca yang agak baik, membolehkan saya merakam hampir kesemua fasa, dan boleh dikatakan ini merupakan set yang paling lengkap yang pernah saya dapat rakam sepanjang penglibatan saya dalam astronomi! Alhamdulillah.

Peralatan yang digunakan

Kamera: Canon 500D

Teleskop: Skywatcher Equinox 80ED (Focal Length = 500mm)

Mount: AstroTrac

Dec
11

Foto-foto Gerhana Bulan Penuh

Tag: gerhana bulan, blog

Alhamudilillah semalam cuaca di Baitul Hilal Teluk Kemang, PD hampir 75% ok ketika keseluruhan Gerhana Penuh Bulan.

Orang ramai yang hadir di sini begitu teruja melihat, mencerap dan merakam fasa-fasa gerhana yang berlaku.

Di bawah merupakan foto-foto yang sempat diproses pagi ini. InsyaAllah saya akan update lagi dari semasa ke semasa.

  Lagi »

Dec
10

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011

Tag: gerhana bulan, jom teropong, blog

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system