hilal

Hilal Syaaban Petang ini!

Tag: hilal, jom teropong, arkib

Pada petang ini, hilal untuk bulan Syaaban akan muncul di ufuk barat selepas Maghrib. Berbeza dengan Hilal bulan Rejab yang lepas, yang mana ketika itu bulan berumur lebih kurang 30 jam, kali ini ia hanya berumur 12 jam sahaja.

Lebih kecil, lebih rendah dan lebih mencabar!

Oleh itu, jom kita raikan kedatangan Syaaban, dan countdown ke bulan yang penuh barakah, Ramadhan nanti dengan sama-sama sertai kumpulan-kumpulan yang akan mencerap Hilal pada petang nanti. Doa-doakan ia mudah kelihatan.

Jom Teropong! 

Jom jejak Hilal Zulkaedah Petang Ini

Tag: hilal, jom teropong, arkib

Pada petang ini, Hilal akan berumur 1.23 jam. Jarak angular dari matahari ialah 15 darjah dan Altitud ialah 10 darjah. Jika cuaca baik, InsyaAllah agak mudah untuk melihatnya kali ini. Jom cuba jejak Hilal Zulkaedah!

 

Peluang jejak hilal esok 23 Jun 2009 .. dan bermulalah countdown ke Gerhana 2009!

Tag: hilal, jom teropong, arkib

Ijtimak bulan berlaku jam 3.35 pagi esok (23 Jun). Ini bermakna pada maghrib esok, Bulan akan berumur 15.84 jam. Ia akan berada 7 darjah 34 min atas ufuk ketika matahari sudah terbenam keseluruhannya. Sebanyak 0.7% bulan akan cerah terkena cahaya matahari. Mungkin ada peluang memperolehi foto hilal esok?

Nota: Kiraan dibuat menggunakan perisian Virtualmoon Atlas dan Skymap Pro 8. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system