himpunan planetari

Mar
15

Kompilasi foto himpunan Zuhrah dan Musytari

Tag: astrofotografi, himpunan planetari, blog

Planet Zuhrah dan Musytari yang mendominasi langit sebelah petang sejak sekian lama ini, sudah pun sampai puncaknya semalam (14 Mac 2012), yang mana pada tarikh tersebut merupakan tarikh ketika kedua-dua planet ini kelihatan paling hampir di antara satu sama lain di langit.

Namun cuaca sejak beberapa minggu ini begitu mencemburui pencerap langit di sekitar Asia Tenggara, dengan hujan di sebelah petang dan malam, serta awan tebal yang sentiasa menyelubungi langit. Lagi »

Feb
13

Zuhrah dan Uranus di dalam satu medan penglihatan.

Tag: himpunan planetari, uranus, zuhrah, blog

Pada petang 10 Feb 2012 lepas, langit agak OK di kawasan SGO. Planet Zuhrah bersinar terang di sebelah ufuk barat.

Berdasarkan info di mySKY ini, pada petang tersebut, planet Uranus akan berada di dalam satu medan penglihatan teleskop yang sama dengan Zuhrah. Ini cukup menarik kerana terus terang saya katakan, saya belum pernah langsung mencuba merakam planet Uranus! Lagi »

Jan
05

Bulan dan Seven Sisters seiringan

Tag: himpunan planetari, blog

mySKY events 

Langit di kawasan berhampiran dengan buruj Orion sebenarnya dipenuhi dengan gugusan-gugusan bintang yang cantik-cantik. Gugusan yang saya maksudkan di sini ialah sekumpulan bintang-bintang yang berkerumun di dalam sebuah kumpulan yang padat.

Menerusi teleskop atau binokular, ada kalanya ia kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip yang berterbangan di angkasaraya. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system