jom teropong

Mar
12

Zuhrah dan Musytari semakin hampir!

Tag: astrofotografi, jom teropong, blog

Foto yang diambil petang semalam. Jelas kelihatan Musytari semakin menghampiri Zuhrah. Tinjauan dengan mata menunjukkan kedua-dua objek ini memang cukup menarik dan amat mudah menarik perhatian sesiapa pun.

Cuaca yang tidak menentu di seluruh Malaysia sekarang agak menyukarkan kita melihat perubahan posisinya setiap hari. Namun, saya syorkan, walaupun nampak tidak jelas dek awan, anda patut tengok juga dan jangan lepaskan peluang ini. Lagi »

Feb
21

Istiqbal Marikh 3/4 Mac 2012

Tag: jom teropong, marikh, blog

 

Pada jam 4 pagi 4 Mac 2012 nanti, planet Marikh akan berada tepat di kedudukan istiqbalnya.

Istiqbal bermaksud, Matahari, Bumi dan Marikh berada pada satu garisan yang sama. Ia berlaku apabila pergerakan Bumi di dalam orbitnya, telah membawa Bumi melintasi Marikh.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan 3 objek tersebut ketika istiqbal Marikh.

Lagi »

Dec
10

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011

Tag: gerhana bulan, jom teropong, blog

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system