komet

Dec
23

Komet Lovejoy dari ISS!

Tag: komet, blog

Apabila peminat astronomi terus menerus terpesona dengan foto-foto Komet Lovejoy, yang kini bersinar terang di langit Subuh, pagi tadi, sekali lagi dikejutkan foto terbaru komet tersebut tetapi kali ini bukan daripada sudut pandangan di bumi, tetapi dari luar bumi.

Siapalah akan sangka, kita berpeluang melihat keindahan Komet Lovejoy dari International Space Station, tetapi itulah yang berlaku apabila angkasawan ISS, Komander Dan Burbank berjaya merakam komet ini sedang terbit dari cahaya subuh bumi serta cahaya atmosfera yang dipancar dari matahari. Lagi »

Dec
21

Komet Lovejoy di pagi hari!

Tag: komet, blog

Subhanallah! Begitu hebatnya ciptaanNya. Sekali sekala apabila ia datang, ia menghiasi langit dalam keadaan sungguh indah! Itulah antara luahan hati yang boleh dikatakan terhadap Komet Lovejoy.

Foto di atas di ambil oleh Colin, seorang ahli astronomi amatur dari Perth, Australia pada 3.38 pagi waktu tempatan.

Amat indah dan jelas sekali jalinan ekor Komet Lovejoy, yang baru beberapa hari lepas berjaya terselamat daripada hancur berderai ketika ia menghampiri matahari. Lagi »

Dec
17

Lintasan penuh dramatik Komet Lovejoy

Tag: komet, blog

Komet Lovejoy telahpun selamat melintasi matahari semalam. Laman-laman sesawang, Google+, Twitter dan Facebook semalam seolah-olah menjadi satu medan berita terkini, di mana para peminat astronomi amatur dan profesional terus menerus menyampaikan foto terbaru keadaan sebuah komet yang dijangkakan tidak akan selamat apabila ia bergerak amat dekat dengan matahari. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system