Malam ini, planet Musytari berada pada kedudukan istiqbal, atau opposition. Ini bermakna ia berada pada garisan lurus, bersama-sama dengan Bumi dan Matahari. Planet ini akan muncul di langit, sebaik sahaja terbenam matahari, sehinggalah terbit matahari hari esoknya.
Jangan risau kerana ia tidak mempunyai sebarang kesan terhadap Bumi.
Di langit, ia bersinar amat terang di langit sebelah timur, sekitar Isya. Anda tidak mungkin akan tersalah anggap dengan bintang-bintang lain di sekelilingnya. Lagi »