Rock Mallin sekali lagi telah memecah tradisi visual astronomy dengan memperkenalkan sebuah lagi produk baru bernama MallinCam VideoFinder. Alat ini menggunakan kamera video yang amat sensitif dan digabungkan dengan kanta wide-angle, lalu membolehkan ia menghasilkan sebuah medan penglihatan yang luas. Ia dengan mudah boleh dijadikan sebagai 'findercope' untuk teleskop yang sedia ada, dan memaparkan imej langit secara langsung atau Live di televisyen atau monitor PC.
Kanta yang digunakan boleh dikawalselia dari 5 hingga 50mm pada f/1.4 . Apabila digunakan fungsi digital zoom yang ada, effective focal length-nya boleh mencapai 100mm.
Cip kameranya ialah Sony EXview HAD black and white CCD censor (1/3 inci) . Apabila kamera di laraskan Gain-nya, ia boleh mencapai sensitiviti 0.008 Lux pada keadaan video yang normal atau 0.0001 Lux pada setting 2 saat integration.
Paling menarik ialah versi kamera ini boleh dikawal menggunakan RS-232.
Berminat untuk membelinya? Hubungi saya secara terus, kerana saya ada hubungan direct dengan Rock Mallin dan boleh usahakan sebaik mungkin, InsyaAllah.
Lagi gajet menarik untuk tahun 2009!


