Balaicerap Mount Wilson sedang berhadapan dengan kebakaran hutan

Tag: berita, arkib

Mengerikan! Itulah yang dapat saya ungkapkan apabila melihat sedutan gambar daripada webcam di atas puncak Mount Wilson, yang menunjukkan dengan jelas kemaraan api menuju ke persekitaran balaicerap yang berumur 100 tahun ini.

Balaicerap yang terletak pada aras 1740 meter dari aras laut ini mula dibina pada tahun 1904. Sejak itu beberapa buah teleskop telah dibina bagi tujuan penyelidikan astronomi seperti Snow Solar Telescope (1905), telekop pembalik saiz 60 inci (1908), Menara Solar setinggi 150 kaki dan Teleskop Hooker bersaiz 100 inci (1918).

Pancaran imej webcam secara langsung boleh dilihat di SINI

(Foto di sebelah hasil rakaman selama 2 jam. UCLA Dept. of Physics and Astronomy)

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system