Maklumat terkini berkenaan dengan sebuah komet yang sedang bersinar di atas paras magnitud 10 buat masa ini dan sedang meningkat kecerahannya.
Komet C/2009 R1 McNaught. Ditemui pada 9 Sep 2009 oleh R.H. McNaught dari lokasi Siding Spring Australia.Info yang saya petik daripada laman web Weekly Information about Bright Comets menyatakan buat masa ini (awal Mei), ia akan bersinar pada magnitud 9.9 dan 9.2 seminggu selepas itu.
Yang menarik perhatian saya ialah kecerahannya dijangka mencecah magnitude 2 atau 3 pada bulan Julai nanti apabila ia berada pada kedudukan perihelion (paling hampir dengan matahari).Ketika ini, ia berada di langit lewat pagi, di kawasan buruj Pegasus, dan sedang bergerak ke utara dan semakin rendah ke ufuk setiap hari, menuju ke buruj Andromeda.
Bagi saya, magnitud 9 ke atas boleh dikira cukup mudah untuk dirakam dengan kamera DSLR. Komet selalunya akan kelihatan seperti tompokan pudar berbanding titik-titik seperti bintang lain.
Kedudukan komet R1 McNaught ini boleh diperhatikan menerusi Stellarium.Elemen orbitnya adalah seperti di bawah:
[R1 Mcnaught]
name = C/2009 R1 McNaught
parent = Sun
radius = 10
oblateness = 0.0
halo = true
color = 1.0,1.0,1.0
tex_halo = star16x16.png
tex_map = nomap.png
coord_func = comet_orbit
orbit_TimeAtPericenter = 2455360.5
orbit_PericenterDistance = 0.405037
orbit_Eccentricity = 1.000334
orbit_ArgOfPericenter = 130.7014
orbit_AscendingNode = 322.6216
orbit_Inclination = 77.0332
lighting = false
albedo = 1
orbit_visualization_period = 1000000000
Cara untuk digunakan menerusi Stellarium, boleh didapati di sini.
Jom Teropong!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.