Home

Komet McNaught semakin cerah .. dah cuba cari ke?

Submitted by shahgazer on Thu, 10/06/2010 - 15:36.
  • Alat Rakaman
  • Astrofotografi
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Komet
  • Tip mencerap

(Foto oleh John Chumack dari Yellow Springs, Ohio . Sumber Spaceweather.com)

Komet McNaught C/2009 R1 kini sedang rancak bergegas menuju ke matahari dan sedang memancar dengan kecerahan sekitar magnitud 6. 

Lokasinya sekarang di dalam buruj Perseus rendah di ufuk sebelah Timur Laut. Sekitar jam 6 pagi, ketinggian altitudnya ialah 20 darjah.

Agak malang kita di Malaysia, menjelang ia bergerak hampir ke matahari, ia semakin hari semakin rendah ke ufuk dan menyukarkan kita mencerapnya. Negara-negara di latitud ke utara mempunyai peluang lebih besar untuk mejejakinya.

Namun, jika anda mempunyai kawasan timur langit yang luas dan tidak ada halangan, cuba-cubalah cari Komet McNaught ini. Gunalah kamera DSLR yang ada, set pada ISO sekitar 200-400, dan ambil exposure selama 30 saat. Pada kecerahannya sekarang, saya kira agak mudah untuk anda merakamnya.

Untuk memaparkan kedudukan Komet McNaught di dalam Stellarium, rujuk artikel INI. 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme