
Tidak ada perasaan yang akan dapat menggambarkan betapa indahnya langit yang dihiasi ribuan bintang yang bertaburan di segenap penjuru ufuk langit.
Kerlipan bintang seolah-olah memanggil-manggil manusia di bumi untuk melihat keindahan dirinya yang cukup istimewa dan eksotik.
Begitulah yang mungkin dapat digambar menerusi sebuah foto yang menakjubkan daripada ahli FO kita, William aka universe24.
Foto all-sky ini diambil ketika beliau mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.
Dedahan yang dibuat selama 25 minit ini jelas menunjukkan pergerakan bintang di langit. Di samping itu, pusat Galaksi Bima Sakti kita cukup terang memancar di kawasan buruj Scorpio dan Sagitarius, di sebelah kiri gambar tersebut.
Cahaya Bima Sakti itu terus menuju ke kawasan langit utara di mana buruj Aquila, dan Cygnus sedang menanti (penjuru atas kanan). Bolehkah anda kenalpasti kesemua buruj yang kelihatan menerusi gambar ini?
Begitulah hebatnya alam semesta yang Allah SWT cipta untuk sekelian makhluk di bumi rajin-rajin perhatikan..
Allah berfirman:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran: 190)


